Saturday, November 26, 2011

Hijrah Di Tahun Baru 1433

Saat mendengar ucapan Tahun Baru daripada rakan muka buku,
 hati ini kembali sebak. 
Tahun baru sudah membuka lembaran baru, adakah ini petanda bahawa diri juga harus membuka ruangan baru dalam kehidupan ini.
Mungkin ucapan yang selalu kita dengar, azam baru untuk tahun baru.
Tapi aku kurang pasti adakah aku mampu untuk melaksanakan azam baru sedangkan azam yang lama belum pasti dapatku penuhi atau tidak..

"Jangan Putus Asa"
"Permulaan yang Baru"
"Memberi semangat agar terus MAJU"
" Mengejar cita-cita yang JITU"

Makna penghijrahan itu amat penting,
bukan hanya bermaksud untuk berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain,
tetapi juga,
berhijrah dari kehidupan yang lama ke pada yang baru yang lebih baik,
Jadi tidak salah rasanya kita ambil iktibar daripada perjalanan Hijrah Rasullulah S.A.W,

Doaku buat si Pencipta,
Ya Allah Tuhan yang menciptakan sekelian alam,
Setahun telah berlalu,
Kehadiran tahun baru,
doaku agar dikuatkan semangat untuk terus berjuang di jalanMu Ya Allah,
kuatkan kakiku untuk berbakti kepada kedua ibu dan bapaku,
tetapkan imanku untuk terus menghadapi dugaan serta cabaran yang akan datang
dan jauhi hambaMu ini daripada godaan Syaitan yang direjam
dan jauhi hambaMu daripada segala fitnah duniawi.
Amin.. Ya Rabbal Alamin.



No comments:

Post a Comment