Sunday, February 20, 2011

Relakan Pemergiannya



Sebentar tadi, baru aku sedar bahawa dalam kehidupan ini pasti akan wujud perpisahan. Kalau dulu aku hanya mendengar, kini aku akui perkara ini sememangnya hakiki. Jika saat pertemuan itu, aku sambut dengan penuh gembira, saat perpisahan terjadi, lidah kelu memgukir kata, linangan air mata sahaja mampu mengiringi bersama. Persahabatan ini tidak akan pernah terhenti wahai sahabatku. Aku mengambil kata seorang teman.

" JANGAN PERNAH GUNAKAN PERKATAAN BYE"

Kini aku mengerti mengapa perkataan yang sesingkat itu, tidak perlu digunakan. Permulaan yang ku sangka indah kini berakhir dengan penuh duka. Siapa sangka, perpisahan akhirnya mengundang sahabat ini untuk pergi meninggalkan aku. Aku harus merelakan pemergiannya kerana 1 tekad, dia pun ingin berjaya seperti yang lain. Aku melihat sinar kegembiraan di wajahnya tatkala apa yg diimpikan selama ini menjadi kenyataan. siapalah aku untuk menghalang perjalanan hidupnya. Yang aku mampu hanya mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Kutabahkan hati menerima pemergiannya, ku kesat air mata daripada terus mengalir, kerana Allah S.W.T hanya menguji hambanya yang mampu. Aku MAMPU hadapinya, Ku berharap agar dirimu tabah, dan mampu terbang setinggi burung. Aku akan sentiasa ada dibelakangmu jika engkau memerlukanku.

Khas buat sahabat yang disayangi. (NHAR)...

Tuesday, February 15, 2011

Persimpang



Kadang-kadang aku kaku untuk berkata. Aku akui aku dalam dilema, antara dua persimbangan yang memungkinkan aku untuk terus melangkah. Tapi sedarkah aku akan tanggungjawab sebenar aku dilahirkan ke bumi Allah ini?. Ku harus berpatah balik, mencari jalan yang asalnya telah lama aku tinggalkan. Mengapa aku diuji sebgini rupa, adalah kerna aku terlalai oleh arus dunia?. Setelah ku sedar daripada lamunan itu, aku pantas menuju ke jalan itu. Satu persatu langkah ku ukur, aku pastikan aku tidak gugur untuk kali yang kedua. Yang lepas biarlah berlalu, yang mendatang pasti akan ku tempuh dengan hasrat yang jitu.

Tuesday, February 8, 2011

Kembali Semula



Kehidupan aku kembali seperti sedia kala. Jika selama seminggu yang lepas aku kerahkan tenagaku untuk bersiar mencari pemandangan, kini aku kembali menapak ke destinasi tujuan. Tiada lagi istilah, nak rehatkan otak. Aku telah diberikan masa yang panjang untuk tenangkan kembali minda yang hampir 7 minggu bercelaru dengan pelbagai kerenah manusia, dengan segala tugasan yang entah bila baru aku mampu aku selesaikan.
Sepanjang tempoh cuti, aku cuba melepaskan segala yang terbuku dihati, tapi bagiku, segalanya tidak akan oernah berhenti. Bak kata pensyarah aku, kalau tiada masalah hidup ini umpama mati. Fuhh, mendalam jugak ya.
Samaada aku nak atau tidak, kini aku telah kembali ke jalan itu. Jalan yang menjadi tapak untuk aku melakar masa depanku. Jalan dimana aku akan berlari sepantas yang mungkin untuk megejar masa yang tiada istilah berhenti. Segalanya bermula semula seperti sedia-kala.

Saturday, February 5, 2011

Fuhh......

<a href=http://myspace.laymark.com><img src=http://www.laymark.com/i/o/31.gif alt=MySpace Emoticons border=0></a>

Tekanan lagi, inilah perkara yang aku paling tidak suka. Bukan aku seorang tapi semua orang. Aku sedar diri ini siapa, setiap manusia pasti akan buat silap. Tapi aku dah berapa kali perbetulkan, aku dah banyak kali buat yang terbaik , tapi kenapa mesti salahkan aku. Kadang-kadang aku tak faham dengan sikap manusia, hanya tahu menilai orang lain tanpa memikirkan kesalahan diri sendiri, tanpa memikirkan betapa susahnya untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Aku adalah aku, aku bukanlah jenis yang suka dipaksa. Aku dah cuba buat yang terbaik, bukan aku tak pernah mencuba, tapi sampai sekarang aku masih mencuba, TAPI.. kenapa??? Kenapa harus dibebankan di atas bahu seorang gadis yang baru hendak melangkah, yang baru hendak belajar sesuatu yang baru. Ke mana pergi peribahasa melayu, kalau salah tolong tunjukkan?. Tak siapa yang tahu, apa yang aku rasa, tak siapa yang peduli bagaimana perasaan ini apabila semua menunding jari mengatakan aku... AKU DAH BUAT YANG TERBAIK...


Friday, February 4, 2011

Aku anak Malaysia



Wajarkah aku mengaku yang diri ini rakyat Malaysia? Jika aku mengaku, tahukah aku sejarah tanah tumpah darahku, apakah bakti yang akan aku curahkan? Segalanya terjawab tatkala kaki ini melangkah ke Kem 1 Ukm 1 Malaysia. Perjalanan yang memakan masa hampir 1 jam 30 minit, membawa kau untuk menyelami apakah tujuan sebenar kem ini dilakukan, adakah sekadar untuk memberi ceramah berunsur kesedaran ataupun apa. Sesampai disana, minda ini kembali berfikir apabila seorang insan mengeluarkan kata " kita hadir disini ibarat gelas yang kosong dan akan menjadi penuh setelah berakhirnya program ini". Aku renungi setiap bait perkataan yang digunakan untuk mrngungkap ayat tersebu. Begitu mendalam terutama bagi diri ini, Yang hadir ke program ini dengan keadaan yang terpaksa. Namun setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyung. Itulah perumpaan yang terbaik untuk aku kaitan dengan perjalanan Kem 1 Ukm 1 Malaysia.. Di situ, pengisiannya 3 hari 2 malam dijalankan dengan amat teliti sekali, dari situla aku tahu bahawa sebagai seorang rakyat Malaysia, aku harus mempunyai jati diri, aku harus tahu kisah disebalik wujudnya Rukun Negara dan mengapa 1 Malaysia dilancarkan. Sebagai anak jati Malaysia, kita tidak seharusnya lupa akan sejarah tanah tumpah darah kita. Kerana daripada sejarahlah kita bangkit untuk terus maju ke hadapan. Ku sematkan di dalam hati dan kutanam dalam akal fikiran agar aku tidak lupa akan tanah tempat kaki ini berpijak.