Thursday, December 29, 2011

Jiwa Kosong

Jiwa kosong,
Ku titipkan nukilan ini buat si dia,
Kalau bisa aku ceritakan sudah pasti aku yang akan merana,
Tapi aku tidak sekuat itu,
Aku tidak semudah itu mengungkap kata,
Apatah lagi kepada dia.

Jiwa kosong,
Makna sebenar disebalik segalanya,
Mengapa harus muncul si dia?
Tidakkah terlalu JAHAT aku menidakkan kewujudannya,
Apatah lagi kepada dia.

Jiwa kosong,
Tiada apa yang harus aku bicarakan,
Kuserahkan pada Yang Maha Esa,
Penentu segalanya.


Wednesday, November 30, 2011

~Disember


Disember suda..
Pejam celik, tutup n buka mata,
akhirnya TIBA jua Penghujung Bulan 12 iaitu DISEMBER.
Dalam 30 hari lagi, 2011 akan mendapat gelaran tahun lepas.
DISEMBER,
bukan hanya sekadar Nombor 12 namun, bulan yang 
SANGAT
mencabar sebenarnya bulan ini,
bukan apa, bagi diri saya seorang pelajarla kan.
Bulan ini merupakan,
Bulan asggment yang banyak perlu disiapkan,
Bulan yang banyak pembentangan yang perlu diutarakan
malah
Bulan TERAKHIR untuk prepare nak EXAM..
TAPI,
ada satu yang aku suka dalam bulan Disember.
Tarikh Keramat... Dalam 11 hari je lagi.
upps.
(adakah aku mula menghitung lagi)
.....???

Sunday, November 27, 2011

Berhenti Berharap

Now.
saya tak boleh nak gambarkan keadaan yg sdg saya alami.

SAKIT..
PEDIH..
RASA NAK MENANGIS..

itu adalah ayat yang paling sesuai.
Silap saya menaruh harapan membukit,
tanpa sedar saya hanya pungguk menantikan bulan,
tak kan bisa,
bumi bersatu dengan langit,
inikan pula saya.
Silapnya datang daripada diri saya sendiri,
berani mencoret harapan palsu,
berani melukis impian palsu,
sedangkan hakikatnya tidak sebegitu.
saya harap kali ini,
saya mampu kembali kuat,
saya serik untuk mengharap dan berharap.
Akhirnya saya,
BERHENTI BERHARAP.

*Alhamdulilah, sy mula menyedari akan kewujudan saya..

Posto-posto

Jumaat yang lepas..
25 November, kiriman itu telah selesai aku hantarkan,
sekarang tanggungjawabnya  terletak di bahu 
POS MALAYSIA..

Semoga kiriman yang menuju ke bumi SARAWAK ini,
selamat tiba dengan keadaan yang baik dengan menggunakan pengangkutan udara.

Saturday, November 26, 2011

Hijrah Di Tahun Baru 1433

Saat mendengar ucapan Tahun Baru daripada rakan muka buku,
 hati ini kembali sebak. 
Tahun baru sudah membuka lembaran baru, adakah ini petanda bahawa diri juga harus membuka ruangan baru dalam kehidupan ini.
Mungkin ucapan yang selalu kita dengar, azam baru untuk tahun baru.
Tapi aku kurang pasti adakah aku mampu untuk melaksanakan azam baru sedangkan azam yang lama belum pasti dapatku penuhi atau tidak..

"Jangan Putus Asa"
"Permulaan yang Baru"
"Memberi semangat agar terus MAJU"
" Mengejar cita-cita yang JITU"

Makna penghijrahan itu amat penting,
bukan hanya bermaksud untuk berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain,
tetapi juga,
berhijrah dari kehidupan yang lama ke pada yang baru yang lebih baik,
Jadi tidak salah rasanya kita ambil iktibar daripada perjalanan Hijrah Rasullulah S.A.W,

Doaku buat si Pencipta,
Ya Allah Tuhan yang menciptakan sekelian alam,
Setahun telah berlalu,
Kehadiran tahun baru,
doaku agar dikuatkan semangat untuk terus berjuang di jalanMu Ya Allah,
kuatkan kakiku untuk berbakti kepada kedua ibu dan bapaku,
tetapkan imanku untuk terus menghadapi dugaan serta cabaran yang akan datang
dan jauhi hambaMu ini daripada godaan Syaitan yang direjam
dan jauhi hambaMu daripada segala fitnah duniawi.
Amin.. Ya Rabbal Alamin.



Friday, November 11, 2011

Payah Nak tidur

Saya kurang pasti adakah saya mengalami masalah sukar untuk tidur atau tidak.
Tapi,
apa yang nyata berlaku, saya sudah hampir dua kali terjaga.
Terjaga pertama kali tatkala mata melihat jam di telefon 0430 pagi,
kali kedua pula pada jam 0611 pagi.
Kesukaran untuk tidur,
sedangkan pada sebelah siangnya saya sememangnya tidak memperuntukan masa untuk TIDUR.
Tidur merupakan rutin harian yang penting sama ada bagi  manusia mahupun haiwan.
Namun, perkara yang ingin saya kupa pada pagi ini adalah, 
saya mengalami kesukaran untuk TIDUR,
saya nak TIDUR!
saya perlu TIDUR!
saya tak boleh kalau tak TDUR!

Saturday, November 5, 2011

Kebetulan ke semua ni

Semalam, jari ini tergerak untuk melihat blog kawan yang telah lama tidak didengar khabarnya.
Terkejut 1 hal,
adakah kebetulan atau tidak, 
semuanya sama.
Tapi, apakah ini dianggap satu kebetulan.
adkah fikiran kita serupa?
Tidak mungkin apa yang saya fikirkan mampu difikirkan oleh orang lain
MINDA MANUSIA BERBEZA
A tidak mungkin sama dengan B
A+ B tidak akan menjadi C
Semuanya Kebetulan SAHAJA.

Lahir daripada hati

Bila sebut je lahir daripada hati, mesti terus terfikirkan CINTA.. 
Tapi itu bukan perkara pokok yang bakal  saya ulas kali ini.
Lahir daripada hati,
cerita yang saya olah bedasarkan apa yang terdetik di sanubari yang kita sendiri tidak sedar BILA kita mengungkapkannya.
Lahir daripada hati, 
selalunya kata hati BENAR, namun tidak semestinya SELALU BENAR,
kerana
HATI DIPENGARUHI PERASAAN.
manusia tidak dapat melihat perasaan itu, 
namun bedasarkan EKSPRESI,
perasaan itu jelas tergambar.
Lahir daripada HATI,
bukanlah perkara yang mudah.
Bukan semua orang boleh melahirkan kata daripada hati.
Cerita yang saya olah adalah daripada CERITA HATI.

Monday, October 24, 2011

Interaksi Tunas Bersmi





Program anak sarawak Interaksi Tunas Bersemi atau lebih ditauk sidak semua dengan nama INTUB. Program tok anjuran Naib YDP PEMASRA, Saudara Irman Fareed ( Ketua Pengarah).
 Program tok memang di polah setiap awal semester dan dipolah khas untuk anak-anak sarawak yang belajar di UKM.
Program tok berlangsung pada 22.Oktober.2011.
Program tok sebanarnya mok dipolah kat Hutan Penyelidikan Alam, UKM tp sik jadi atas sebab2 tertentu kamek org polah jak kat PUSANIKA jak...
Banyak aktiviti menarik yang AJK Program selitkan, lepas ya kamek orang ada menjemput mantan YDP PEMASRA 2009/2010 Saudara Razalie untuk sesi perkongsian pengalaman. Banyak pengalaman yang nya kongsi dengan kamek org, kamek rasa semakin bersemangat jak mok buat program bersama anak satu negeri dengan kamek..
(EBOH BEROLAH DI SITOK)
* tok ada gambar masa INTUB berlangsung..







Friday, October 14, 2011

BLOG BERHABUK

waaa.. HABUK!!!!
Fuh.. Fuh... Fuh...
kasi buang habuk ni dulu.
lama tak menjenguk semakin berHABUK pulak dah blog ni..
Bukan sengaja nak biarkan berHabuk tapi bersebab, 
kekangan MASA...
dah siap dah..
nak kembali MENULIS, tapi kurang pasti ketajaman keyboard akan seperti dahulu atau tidak..

Sunday, October 2, 2011

Rasa bersalah

Musatahil kalau dalam hidup ni kita tak pernah rasa bersalah. 
Sepatutnya kita lebih peka lepas apa yg kita dah buat. 
Tak semua benda yang kita buat orang akan suka, orang akan puji. 
Lagipun kita buat kerja bukan sekadar utk PUJIAN semata-mata tapi kita bekerja sebab itu adalah AMANAH serta tanggungjawab yg perlu kita laksanakan. 
Lagi satu, mungkin ada yg nak bagi respon atau komen atas apa jua kerja yang kita lakukan.
TAPI
kita kena ingat tak semua komen yang diberi tu komen membina.
TENGOK KEADAAN LA yee..
kalau nak orang komen hasil kerja kita, kita kena bersedia atas sebarang kemungkinan.
Ingat, kalau ada yang menegur tu, kita jangan ambil hati tp kita ambli peduli apa yang penting sahaja.


*kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
kalau takut terkena marah buatlah kerja bedasarkan AMANAH...

Sunday, September 11, 2011

Syawal di Kampung


Kemeriahan Syawal pada tahun ini tidak kurang hebatnya.
kat kampung saya ada mengadakan pertandingn PINTU GERBANG
kampung saya, pertandingan ni, kalau tak silap saya dah 4 tahun berturut-turut diadakan.
Kalau tahun lepas saya balik beraya sehari sebalu raya, kali ni berbeza plak, 
sebulan Ramadhan saya sudah melihat  betapa bersemangtnya penduduk Kampung Tebelu
bekerjasama bagi menghias pintu gerbang.
Sempat jugakla kaca lenca kesayangku.. MR Cool ambek siket2 gambar..









Agak-agak PINTU GERBANG YANG MANA MENANG?

* maaf la.. sebab saya pon x tahu sapa yang menang pertandingan pada kali ini...

Kisah di Bulan Puasa




kalau hari-hari biasa memang kita tak akan pedulikan sangat apa yang terhidang & tak kan pernah terfikir pon nk MENGIDAM.
Mood masa bulan Ramadhan ni, tak ubah seperti ibu yang tengah mengandung.
sebab apa saya bgthu camtu, masa tengah puasa ni, nafsu MAKAN melebihi 100%.
Kalau tengok ja makanan mesti nak makan ja semua,
TAPI
bila dah masa BERBUKA
tak larat pon nak habiskan semua.

*sedikit kenangn bab makanan semasa Bulan Ramadhan bersama 1 Family sebelah mak.
Terima Kasih Mak Su, Mak bang, n my lovely mom.. 
MASAKAN TUUU SEDAP SANGAT!!
yang ini jenis udang jgak tp pangilan kat kpg sy " payak bukuk"


yang ni ketam masak asam pedas..

ketam masak kicap

yang ini saya punya.. besar ketam ni.. siap ada telur & berisi

teringin sgt nak minum air kelapa.. ambek je kat belakang umah & kupas sendiri ya

* begitulah kisah saya masa bulan puasa tahun 2011 nie


Wednesday, August 24, 2011

Cuti semester Part 2

Alhamdulilah cuti semester yang berlangsung selama 4 bulan ini aku mampu manfaatkannya dengan beberapa aktiviti yang berfaedah. Mungkin pada sesetengah individu terutama golongan pelajar seperti aku, pasti bekerja semasa cuti semester merupakan perkara yang TERBAIK, namun padaku terdapat jua beberapa perkara lain yang mampu aku lakukan bagi menjadikan cuti semester pada kali ini tidak sia-sia. 

Jika ku ingat kembali kisah perjalanan OPKIM 2011, aku mampu menitiskan air mata. Tapi, baik jangan difokuskan ke arah kesedihan, baik kita menjurus kepada skop OPKIM 2011 yang berlansung bermula
 12 JULAI-19 JULAI 2011

Tugasan 1 : PROGRAM MOTIVASI DI SEKITAR SEKOLAH
Tugasan 2 : OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DI KAMPUNG SANTUBONG

* sebenarnya post ni dah lama tersimpan, dah rasa mcm x tahu nak bagitahu apa lagi...
APA YANG PENTING... KERJASAMA...





Wednesday, August 10, 2011

Selesai sudah

Perjalanan cuti semester yang aku jangkakan agak panjang selama hampir 4 bulan, akhirnya berbaki sebulan lebih. Namun pengalaman cuti semester ini banyak memberi manfaat kepada diri ini sebagai seorang mahasiswa yang akan berbakti kepada masyarakat kelak.

Cuti Semester : PART 1

 Alhamdulilah, selama 2 bulan 2 minggu cuti semester berlalu, diri ini mampu memanfaatkan masa tersebut dengan berbakti semula kepada sekolah yang pernah mencurah ilmu kepada diri ini iaitu SK TEBELU. Setelah hampir 8 tahun diri ini meninggalkan bangku sekolah rendah, akhirnya kembali berbakti bukan sebagai pelajar tapi sebagai pendidik sementara. 
Semasa kaki ini menjejakkan kaki untuk berjumpa dengan Guru Besar sekolah, perkara pertama yang dilihat adalah landskap sekolah ini, kalau dahulu pada tahun 1997-2002, segalanya masih berdindingkan kayu, malah prasarana sekarang namapak lebih indah dan ceria dengan kehadiran poko-pokok bunga yang seakan melambai bagi mengalukan kedatanganku. Segalanya nyata banyak berubah. Bak kata iklan di tv,
 "zaman dan berubah , dunia dah maju".
Setelah berbincang dan berdasarkan tahap pengajian dan bidang yang diceburiku, akhirnya, diri ini di tugaskan untuk mengajar Bahasa Melayu yang merangkumi pemahaman dan penulisan. Tapi terdapat satu tugasan yang berada di luar jangkaanku, iaitu Matematik. Walaupun Matematik bukan terdapat dalam konteks pengajianku, namun, aku beranikan diri mengambil risiko mengajar matematik. Setelah bersetuju akhirnya aku ditugaskan untuk mengajr di kelas Tahun 6 Cemerlang. Ku anggap ini sebagai sati titik permulaan perjuanganku untuk membantu anak bangsaku sendiri malah akanku simpan sebagai pengalaman yang amat
  BERMAKNA. TERIMA KASIK KEPADA SEMUA WARGA SK TEBELU.

Kelas 6 cemerlang.. akan sentiasa dalam ingatanku
kelas ini sedikit je pelajar perempuan

sebab kebanyakkan pelajar adalah lelaki..

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan kembali lagi

Alhamdulilah.. akhirnya Ramadhan pada kali ini aku dapat jugak bersama dgn family aku di bumu terchinta.. bumi kenyalang. Harap aku maseh tidak terlambat untuk mengucapkan 
SELAMAT MEYAMBUT RAMDHAN AL-MUBARAK.
 Kepada sahabat yang dah hantar ucapan sambutan ramadhan tu, aku nk ucapkan jutaan terima kasih atas ingatan sahabat sekalian. Kalau ada yang aku x sempat nak balas tu, haap maaf lah yer... 

Bila dengar je pengumuman tentang Tarikh sambutan Ramadhan, aku terus bersiap, maklumla.. nak g tarawikh katakan..tp b4 tu aku mmg dh get ready pon.. tapi aku belom nak ke surau,
 semata-mata nk dengar pengumumam puasa tu..
Kali ini, aku rasakan bahawasanya, aku sudah lama tidak menjejakkan kakiku ke Surau. Agaknya kalau bukan bulan puasa, mesti aku lame ag aku nak pg ke surau. Malam pertama tarawikh tu, aku terjumpa dengan sahabat sekolah rendah aku. Woow.. lame gile kot x jumpa. Agaknye dah dekat 3 tahun kot. Die dah bekerja, aku lak sambung belajar.

Oklah.. just pesanan aku....sat.. tengok dulu gambo kat bawah nie

ha.. upin ipin pon puasa.. korg2 tuu, jangan lak nak ponteng puasa ea...
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.....
IKHLAS :
YANA

Wednesday, May 11, 2011

Aku dab hati



aku perlukan hati untuk menyukai seseorang,
menyukai satu perkara yang tidak mustahil tetapi payah untuk dinyatakan,
menyukai seseorang bukanlah suatu perkara yang mudah,
bukan perkara yang boleh kita paksa,
tiada larangan untuk kita menyukai seseorang.
namun,
segalanya berlaku sekelip mata andai hati sudah mulai menyukai.

aku perlukan hati untuk mencintai,
mencintai bukan lah satu perkara yang mudah,
aku perlukan kekuatan untuk mencintai seseorang,
menyukai tidak sama dengan mencintai,
itu yang pasti, 
namun,
CINTA juga boleh berlaku sekelip mata tatkala hati mula bertutur bicara,
bahawa DIALAH,
CINTA HATI KITA..

aku perlukan hati untuk membenci seseorang,
membenci satu perkara yang mustahil,
menbenci jua satu perkara yang susah untuk aku lakukan,
apatah lagi pada orang yang kita sayang,
namun,
segalanya akan berlaku sekelip mata andai hati ini DISAKITI



Friday, May 6, 2011

rindu si hello kitty,si kecik, si angah dan si kemet....


dah seminggu aku menyendiri, menyepikan blog yang dikasihi.. 
tetiba si HELO KITTY A.K.A rumate kesayangan ARNIZA AHMAD,
menyeru aku untuk menulis sebentar.

Hello kitty..
warna die PINK taw..
simbol kelembutan, simbol keperempuaanan, simbol yang majoriti budak2 pompuan suka,
specially for my rumate..
hahahahhahaha...
kalo korang NAK TAHU, rumate aku MINAT giler dengan HELLO KITTY,
setiap kali kalo keluar jumpe barang HELLO KITTY je... 
"letak tangan kat bahu sambil pandang atas lepas tu...
katakan..
RUMATE AKU MEMANG MACAMTU"

eja.. SENYUM SAT.... :)
GOOD!...

eja.. ingat taw.. yana sentiasa ada untuk si hello kitty nie..
walaupun kita dipisahkan oleh LAUT CHINA SELATAN,
x lame pon yana nak terbang ke seberang kalau eja perlukan pertolongan..
ingat, ALWAYS ADA YANA...


tetibe lak RINDU dengan si kecik..
bibaq jaga die dgn baik x ea???
si Angah lak, entah2 semakin kecik la badan die.. si azjah tu de x bg kasih sayang kat die..
kemet la.. atok tua tu, jaga ke x ea..

KERISAUAN MULA MELANDA..
dieorang nie bukan leh HARAP SANGAT JAGA BENDA2 CAMTU..
hahahahahhha.....

dengan ini.. saya.. SITI AMYRUUL SALIANA mengistiharkan 
BAHAWA
SAYA MERINDUI
TETS SEKALIAN..
harap maklum.. terima kasih....


Friday, April 29, 2011

yang terakhir untuk kali ini...


29.APRIL.2011
aku akan kembali ke BUMI KENYALANG,
kembali ke pangkuan keluarga TERSAYANG.

Buat roomate tersayang (eja )



hai.. rumate kesayangan.. eja.. tq taw sebab maseh SUDI terima yana jadi rumate lg..
semester 1 awal pertemuan antara kita, 
siapa sangka yana leh rapat ngan eja,
pada asalnya mmg payah untuk yana bercakap bahasa smnjung taw.
p lepas jumpe eja, bie n azzah.. yana mula belajar untuk bercakap.
eja, awak baik sangat2 taw. sy masih ingt lg, ms sy demam awak tolong belikan sy nasi bubur..
so sweet.. x pernh sy jumpa kawan yg nk bagi saya bubur masa saya demam. Terharu sangat2.
eja, tq jugak sebab sentiasa ada untuk yana.
bila yana ada masalah, eja mesti ade disisi yana. 
eja kena kuat taw.. lepas nie, dah x leh nak byk main, eja dah de tanggungjawab yang besar.
kalau ada masalah, eja share taw. kot2 kite leh setle same..
sem depan, jgn lupa.. penuhkan bilik dengan si Hello Kitty...
 bye eja.. sayang eja. eja orang pertama yang mula bercakap dgn yana d UKM.. tq eja.. LOVE U


Buat si bibaq


haiiii.. bie... buat pe tu? senyum je ea...
bie sihat? ( saje je nk try kot2 bie phm, kalau la).. bie.. x sangka yana akan berkawan dgn bie yang si kecil badan... agak2 bile bie nk membesar ea? lepas ade anak kembar 4 ea??
Gurau je taw.
bie, tq terima yana id kawan bie. jgn keliru pulak.. ni yana sarawak ok..
bie.. tq dgn masakan yang ibu buat. SEDAP sgt2.. yana suka.
bie lepas nie, bie x leh la sambil lewa ja.. bie pon same cm eja.. bie dah de tamggungjawab yg besr
bie kene usaha kuat taw. walau ape pon. kite tetap kawan .. eh.. sahabat..
pesanan yana 1 je.. tolong jg si kecik baik2 kay.. nanti yana dh xde, bie jaga die baik2.. 
sem depan yana nk tgok die sihat kay... hahahahhahha..

Buat azjah

poco yo!!!

eleh.. muke ko tu dah tue.. jgn nk buat perangai cm dak kecik ea..
azjah.. maafla.. aku dh terbiasa lak panggil ko cmtu.
aku x thu la zah.. kadang2 ko nie jnis yg payah aku nk ramal, apsal ea? ko de magic ea?
lupe lak aku nk tnye, Boypren ko pe cer? elelelele.. malu la tu..
1st.. aku nk minta maaf la kalo aku de tergurau lebih kat ko..
mungkin 1 ms kita kan marah ngn kwn kite, p kite kan sahabat, so jgn nk marah2 sgt...
ingt siket.. ko bukan sorg2 ko tu berempatan + atokxzs  taw.... walau wei.. ayt aku...
azzah, spjng thun 1 ni. ko je yg jadi master mind nk kenakan org masa buf..
p bile bufday ko.. bkn 1 kepala dok pikiq.. 7 kepala dok pikiq apa nk buat masa bufday ko?
taceng la siket aku dh intro ni.. ngis lu...
wei.. aku dah kat swak mase ko bc nie.. hope ko, aku, eja n bie.. kite akan kekal sebagai sahabat. sampai bile
sahabat selama-lamanya... de masalah share same2. kite setle same2..

Buat si Atokxzs


atok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ehehehe.. warga tua memang suke lepak kan? contoh kat atas tu mmg nyata kan?
atok, yana dah kata swak taw.. mungkin kat dlm flight kot..
pergh.. atok.. yana nk minta maaf klo sepanjng semseter kite bsama ni, yana pernh buat atok sedih. 
kadang2 yana pon ase gak yang yana ade tergurau lebih ngn atok.. atok..
atok..
mesti yana sangat2 rindu nk panggil nie nanti.. atok...
atok.. ingt taw.. atok x leh nk mengalah cmtu je.. atok kene kuat taw. atok x leh biar org pijak atok agi.
atok..
ambik sotsem ea? payah la klo cmtu, stdy dr 1980an agi.. x grade2... 31 tahun lak tu...
agak2 klo dah grade nanti baru bgthu yana taw...
atok, jaga kemet bebaik taw....


bye...bye... korang.... 
SIES AKU TAKKAN RINDU KORANG!!!!!

Thursday, April 28, 2011

Perjuangan telah selesai

alhamdulilah...
segalanya telah selesai.
aku berjaya menghabiskan semua peperiksaan.
Usai sahaja Kertas Fonologi, aku merasakan segala bebanan yang memberat dimindaku,
yang terkurung hampir 5 bulan lamanya, telah berjaya dilepaskan terbang.

Sekarang aku sudah selesai menghabiskan TAHUN 1 DI UKM
segala pengalaman, segala kisah suka dan duka malah segala cerita semester 1 dan 2.
Akan aku jadikan sebagai kenangan,
akan aku jadikan tatapan,
akan aku jadikan pedoman bagi menempuh kemudia hari.

Dalam masa 20 jam dari sekarang,
aku akan kembali ke bumi terCINTA iaitu BUMI KENYALANG.

Aku akan bercuti selama 4 bulan, entah apa yang bakal aku lakukan selama percutian yang aku rasakan agak panjang padahal hakikatya pendek.

Tetapi apa yang penting masa selama 4 bulan itu,
aku akan manfaatkan untuk keluarga tercinta,
aku akan manfaatkan untuk menyumbang bakti.
aku akan manfaatkan untuk muhasabah diri..

Selamat Tinggal BUMI UKM
selamat kembali anak JATI SARAWAK...

Monday, April 25, 2011

Exam Week Part 6 ( Kerisauan semakin mengurang)


Dalam minggu2 exam ni,
ada masa kita akan merasakan tahap kerisauan yang AMAT TINGGI
tetapi,
pada tarikh 25.04.2011,
tarikh dimana aku akan berjuang untuk krusus WAJIB UNIVERSITI iaitu
HUBUNGAN ETNIK.



Setelah seharian aku menelaah bersama rumate kesayangan iaitu
 ARNIZA @ eja
akhirnya pengorbanan dan usaha gigih yang dilakukan oleh KAMI pada last minit memberi
FEEDBACK YANG POSITIF.

aku x paham kenapa aku mesti pinjam ayat kawan aku tu...
mungkin sinonim dengan situasi aku kot..
apa2 pon, aku semakin menghampiri tarikh keramat
29.04.2011.

Tarikh dimana segalanya akan ditinggalkan dalam tempoh 4 bulan.
Tarikh dimana aku akan berada dekat dengan keluarga
Tarikh dimana aku akan mengalami pengalaman yang baru
DAN
Tarikh dimana aku akan OFF SEBENTAR BERMUKABUKU..

Chayok2!!!!! untuk Last paper 28.04.2011!
FONOLOGI MENANTI!
sebelum kembali ke BUMI KENYALANG!

Friday, April 22, 2011

Exam week Part 6 ( Lupakan Si Wajah tebal)



Teknologi Maklumat Untuk Sains Sosial. 

Aku x paham kenapa aku mesti ambik Krusus ni, padahal aku ambik Pengajian Bahasa.
Apakah kaitannya?
Dahla die punye KETEBALAN tu, mengalahkan 4 buah buku Harry Potter
tapi tahap TARIKAN die nak suruh aku membaca TAK dapat nak mengalahkan 
NOVEL CINTA PERTAMA.
eH..dah lari daripada topik perbincangan ni.

Hari ni, paper ke-4 aku untuk semester ni, aku x tahu la kenapa malang sangat la nasib aku minggu nie.
Hari tu paper MOrph.. sekarang ICT lak.
Dah nasib badan terima je la.
Aku harap sangat2 aku punya carry mark tu boleh la tolong siket2.

Paper kali ni, entah ape benda yang pelik namanya,
database, mother board, ultility program, storage, firewall, device dsbg...
benda2 nie semua, bukan permainan aku la.
Kalau fon. alofon, morfem, sintaksis, sonoran, diakritik, ha... itu baru permainan aku.

Apa yang pasti benda2 tu... 
(database, mother board, ultility program, storage, firewall, device dsb)
BUKAN MAKANAN AKU

Sies, aku x puas hati dengan EXAM kali ni,
Aku ni bukanlah orang yang jenis yang pandai tembak.
Pandai TEMBAK pon x kan tepat kot.
Dah tu, exam ICT tadi, 80 soklan, semuanya OBJEKTIF
mana x aku buat OBJECTION!!!

aku x reti la nak jawab soklan yang aku sendiri x pasti jawpannya yg mane 1.
dahla aku x phm sgt bhs tu.

bak kata ucop wilca " itulah pentingnya ENGLISH EDUCATION"

80 soklan, aku jawab dengan dengan keadaan 
(mengantuk + tak paham + lapar = aku x leh jwp)

BYE.. BYE.. WAJAH TEBAL..


Wednesday, April 20, 2011

Exam week Part 5 ( paper yg hareeeem)


hari ni exam ke 3 bg semester 2 bg sesi 2010/2011
paper yang macam hareeeeem ni namanya :
MORFOLOGI BAHASA MELYU

punyela aku susah2 stdy
maksid, morf, morfem, fonem, penentuan morfem, jenis2 morfem, dan banyak lagi yang sewatu dengannya.

Exam yang bermula pada jam 12.00 p.m - 2.00 p.m
lame kot 2 jam.

aku semangat nak ambil exam,
aku berkemas awal,
naik bas awal,
tiba kat sana awal,

dan segala-galanya aku lakukan AWAL..

TAPI

Melangkah je kaki aku ni kat dalam dewan yang di akronimkan dengn DAM dan di kenali sebagai
KTAM, tetiba aku terasa kepala aku semakin pening.
aku sampai je kat meja peperiksaan, PDOT terus tnye aku...
ok.. fine, semua yang aku stdy, sepatah 2 ja yg keluar.. masalahnya, bkn hnya aku seorang malah 1 kelas
tak menjangkakan bnda tu keluar.
Aku dah mula
MERISAUKAN MASA DEPAN MORFOLOGI AKU
mana tak nya.. aku dah stdy dengan sepenuh hati walaupon agak last minute, p aku dh buat yg terbaik la...

TAPI
aku tak boleh nk jawap apa...
aku cuma leh jawap bahagian A sahaja.
cuba korang teka, exam aku tadi bp peratus?

60% wei...

aku keluar dewan awal 15 minit, 
aku dah x sanggup melihat kertas soklan yang aku rasakan
makin ku tenung makin ku rasa nak meraung...
aku keluar terus ambik phone n kol bapak aku
aku nangis wei......
aku x buat yang terbaik utk paper ni.
aku x dapat....
paper morfologi ini memang agak SUSAH...
eh tak... tak... tak..
PALING SUSAH.....
MACAM HAREEEEEEMMMMMMMM...........

Tuesday, April 19, 2011

Bersendirian bukan melarikan diri


Entahlah.. kekadang aku rasa ada baiknya aku BERSENDIRIAN buat seketika, bukan untuk melarikan diri tetapi untuk bermuhasabah diri. Dalam hidup ini, kita harus ingat, di mana bumi kita berpijak, jangan pernah lupa akan asal kejadian kita. Walaupun dimana kita berada, kita HARUS ingat :

kita masih ada ALLAH S.W.T sebagai tempat MENGADU,
kita masih ada AYAH DAN IBU untuk DIRINDU,
 kita masih ada SAHABAT yang sentiasa MENUNGGU

Aku kembali bangkit membina azam baru, aku cuba menapak di landasan yang baru. Aku hanya inginkan ketenangan buat seketika, mungkin dengan cara ini aku mampu kembali dan menyelesaikan segala yang aku rasakan payah untuk diselesaikan. Dalam dunia ini, masalah yang hadir pasti akan ada penyelesaiaan, tapi segala terpulang kepada kita, samaada hendak meyelesaikannya dengan segera ataupun kemudian nanti.

 Tapi harus  ingat, JANGAN PERNAH MELARIKAN DIRI.
 Dalam konteks masalah aku ni, aku tidak melarikan diri, aku memuhasabah diri. Bila sebut muhasabah, teringat dengan lagu MUHASABAH CINTA, dalam cerita SYAHADAT CINTA.



p/s : terima kasih kepada sahabat yang sentiasa ada disisi hamba, ..specially thankx 4r
 rumate tsyang (eja), si bo'oi ( bibaq), si kerdil (azjah),si atoxz ( miera),si cerdik (niesa
dan x lp pada si I****

jangan nk abg taqif was burning in the carpet 
dan
don't blame me blame my blog....
sayang korang lebih-lebih tp x de baki taw.

Sunday, April 17, 2011

Exam week Part 4 (saya suka warna darah)


Esok hari merupakan paper saya yang ke-2 untuk semeser 2 tahun 1.. Dalam masa 11 hari lagi saya akan berangkat balik ke kampung tercinta iaitu KAMPUNG TENGAH TEBELU SEBUYAU. Semalam, pilihanraya umum di Sarawak dan Alhamdulillah, rakyat masih percaya kepada barisan kepimpinan negeri iaitu BARISAN NASIONAL. Ahli keluarga saya, semestinya orang BN, disebabkan itu, saya sebagai seorang pelajar, saya hanya mampu mendiamkan diri. Bahaya kalau saya masuk campur. Lagipun, bapa saya mesti marah kalau dia dapat tahu saya masuk campur. 
SAYA MASIH SEORANG PELAJAR.
DAN BELUM LAYAK UNTUK MENGUNDI.



TEKANAN = PERKARA BIASA SEBAGAI SEORANG PELAJAR


Esok saya dah nak ambik peperiksaan. Dalam masa yang sama, saya ditimpa masalah.
Masalah yang sememangnya berpunca daripada saya sendiri. 
MAAFKAN HAMBA. HAMBA BERSALAH
Saya akui, kalau saya yang tidak memulakannya DAHULU, perkara ini TIDAK AKAN TERJADI
MALAH 
TIDAK ADA HATI YANG BAKAL TERLUKA.
masa ini, saya teramat memerlukan sokongan daripada insan bernama MAK, saya perlukan sokongan. 
tapi, saya HARUS KUAT.
saya harus tahu dan ambil balik semangat saya yang telah hilang.
SAYA HARUS KUAT

Bak kata pensyarah saya " Hidup kalau tiada masalah ibarat MATI dan tak da MAKNA"
mengambil kata kawan saya "SEMUA BENDA BOLEH SETLE" & "ALWAYS ADA CARA"

sebagai pengajaran :

segalanya saya ungkapkan dalam bahasa kiasan dibawah....

Sekarang nasi dah menjadi bubur.
Sesal dahuku pendapatan, sesal kemudian tiada berguna
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa,
Ibarat setitik nila, rosak susu sebelanga.
Tidak kusangka hujan di tengah jalan


P/s : sebenarnya saya cuma hendak mencuba penggunaan ayat yang saya baharu pahami tadi.
Esok saya akan hadapi paper KETRAMPILAN BERBAHASA. 
kenalah GUNA bahasa yang betul..
MALU KALAU KITA SEBAGAI PENUTUR NATIF TIDAK MENGUNAKAN BAHASA YANG KITA DAH FAHAMI SEJAK KITA LAHIR LAGI.

saya suka warna darah iaitu MERAH. TQ.

Friday, April 15, 2011

Exam Week Part 3 (Formula Stdy)

Dalam minggu exam nie, kite harus banyak mengamalkan formula berikut :

EXAM ------> STDY- (TIDO)-(MAKAN)-(MOVIE)

Rumus diatas adalah seperti berikut :
SEMASA EXAM, UNSUR WAJIB YANG HARUS ADA ADALAH STDY DAN DIIKUTI SECARA PILIHAN OLEH TIDO DAN JUGA MAKAN.

TETAPI....

dalam konteks diri aku ni, aku gune formula ni :

EXAM ------> MAKAN-TIDO-MOVIE (STDY)

*KORANG X RASA KE FORMULA AKU TU TERBALIK?????

masa exam, mood MAKAN aku menjadi-jadi, nak makan je keja, dahla MENGIDAM benda yang selama ini aku x TERINGGIN pon nak makan. Tapi masa minggu exam, mengalahkan IBU MENGANDUNG kot.... hahahhaha. bab TIDO lak.. sememangnya aku dah jadi seperti BURUNG HANTU, siang TIDO, malam BERJAGA.... pastu minat yang TETIBA wujud masa EXAM, iaitu tengok MOVIE, masa bukan exam dulu, nak bermovie pon payah......

*inilah ceritera aku masa EXAM WEEK....

Wednesday, April 13, 2011

Exam week Part 2 ( esok dah nak mula )


Minggu peperiksaan, boleh la pulak aku ni menulis, mengarang cerita di blog, tp kalau bukan minggu peperiksaan, apsal tak leh ea?? agak compius disitu. Gambar pokok, yang aku letak kat atas tu, bukan sekadar hiasan ye, sebenarnya esok aku akan menghadapi exam yang bersangkut paut dengan pokok, tapi dengan istilah pohon. Pokok yang ada kat atas tu, ade dahan, daun dan jugak akarnya, tapi dalam hal ini, aku cuma akan mengambil dahan-dahanya sahaja. nak tahu.. tengok same tak dengan rajah yang bakal aku jumpa masa peperiksaan esok.. 

p/s kalau nk hasil yang sama dengan yang di atas terbalik kan ya. Nanti akan jumpela hasilnya...


Gambar yang aku tunjukkan ini, namanya RAJAH POHON, inilah perkaitan antara gambr pokok di atas dengan peperiksaan yang akan aku hadapi esok hari. ...



Monday, April 11, 2011

Part 1 Exam Week (payahya nak fokus)..



Semakin hari debaran nak ambik exam makin terasa, tapi apsal aku x leh nk FOKUS nie???
Aku dah siap susun dan kumpul segala nota yang akan aku jadikan sebagai bekalan aku untuk berperang masa jawab exam nanti ( pergh.. ayat memang sgt2 patriotik), tapi kenapa aku tak bersemangat nie?

Masa2 camnie, aku tetiba rasa yg aku sebenarnya BELUM BERSEDIA.. arghh. apsal leh pikir ke situ lak kan...aku nak atau tak, aku dah dalam EXAM WEEK kot... xleh2.. aku mesti jugak STUDY.

TAPI....

1) aku nak stdy ape ea?
2) mcmne aku nak stdy ea?
3) boleh ke aku nak FOKUS?

ARGHH..... DuNiawi je EXAM NIE.... ( ayat nak sedapkan hati je ni)

YANG SEBENABENANYA... (ayat lewah siket)



AKU X SABAR NAK BALIK RUMAH SEBENARNYA....

Oleh hal yang demikian..

1) Kuatkan semangat untuk stdy
2) Kuatkan azam untuk habiskan EXAM
3) Kuatkan mengatakan AKU NAK BALIK UMAH


Bersama mereka

Fuh.. kali ini, nk gune bahasa sarawak la....

Lamak dah mek nunggu saat kita mok kumpul ramie2.. akhirnya, dapat juak kita kumpul agik oo.. sapa sangka, walaupun kita masing2 dah da hala tujuan dikpun, kita masih pat kumpul sama2.. kita seh pat kelaka, tetak n bergambar sama2.. ceh.. nang kedak lamak x jumpa eah.. p nang bena pun.. kita tok nang lamak dah x jumpa bah.. nang sa happy gilak2 pat jumpa ngan nya agik.. FIZAH.. tq atang nyengok mek orang ka bumi UKM tok, happy mek bila pat nangga  muka kitak, adeng, fizah, tahir n Ed happy... Tq zah.. coz sudi bertandang kat sitok.... hope kelak kitak masih sudi mok berambeh ngan mek orang agik... :)

Kegembiraan sebelum EXAM....


bahagianya bila DIA ada......



Terubat rasa hati nak berkelaka SARAWAK

Saturday, April 9, 2011

Mata Pena




Mata Pena ini,
Menulis tanpa berhenti,
Berbekalkan minda dan hati,
Ia terus kekal berkhidmat di jari.

Mata pena ini, 
Mengasah minda mentranskripsi kata.
Ideanya bernas kritis tak terkira,
Medium perantara yang tiada bedanya.

Mata pena ini,
Ku anggap hidup yang tidak terhenti,
umpama lautan yang tidak pernah kering
Mencurah tenaga untuk berbakti.

Mata pena ini,
Tempatku mengadu tak kira waktu,
sahabat sejati yang satu,
sentiasa disisi menemani ku,
Tanpa diduga ia hadir tatkala ku perlu.


Tuesday, March 15, 2011

Proses Pembelajaran

   

 Benarlah kata pepatah, kita  belajar daripada kesilapan. Memang benar, kita telah lakukan yang terbaik bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar, namun tidak semua yang kita impikan kita mampu dapatkan. Dalam kerja berpasukan, kita harus saling mempercayai, saling bekerjasama dan saling bertolak ansur. Jika hari ini kita tersilap langkah, anggaplah kesilapan ini mengajar kita untuk lebih berhati-hati di suatu masa kelak. Ingatlah kita sentiasa dalam proses pembelajaran. Anggaplah apa sahaja kritikan yang diberikan itu sebagai suatu yang mampu membina dan bukannya semakin menurunkan semangat kita untuk terus berjuang pada masa akan datang. Ingat, tidak semestinya kita lakukan kesilapan pada hari ini, kita akan lakukan berulang-kali. Kita harus akui, kita bukanlah insan yang sempurna. Kesilapan yang wujud mengajar kita untuk lebih berfikiran kritis pada masa akan datang.

Sunday, February 20, 2011

Relakan Pemergiannya



Sebentar tadi, baru aku sedar bahawa dalam kehidupan ini pasti akan wujud perpisahan. Kalau dulu aku hanya mendengar, kini aku akui perkara ini sememangnya hakiki. Jika saat pertemuan itu, aku sambut dengan penuh gembira, saat perpisahan terjadi, lidah kelu memgukir kata, linangan air mata sahaja mampu mengiringi bersama. Persahabatan ini tidak akan pernah terhenti wahai sahabatku. Aku mengambil kata seorang teman.

" JANGAN PERNAH GUNAKAN PERKATAAN BYE"

Kini aku mengerti mengapa perkataan yang sesingkat itu, tidak perlu digunakan. Permulaan yang ku sangka indah kini berakhir dengan penuh duka. Siapa sangka, perpisahan akhirnya mengundang sahabat ini untuk pergi meninggalkan aku. Aku harus merelakan pemergiannya kerana 1 tekad, dia pun ingin berjaya seperti yang lain. Aku melihat sinar kegembiraan di wajahnya tatkala apa yg diimpikan selama ini menjadi kenyataan. siapalah aku untuk menghalang perjalanan hidupnya. Yang aku mampu hanya mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Kutabahkan hati menerima pemergiannya, ku kesat air mata daripada terus mengalir, kerana Allah S.W.T hanya menguji hambanya yang mampu. Aku MAMPU hadapinya, Ku berharap agar dirimu tabah, dan mampu terbang setinggi burung. Aku akan sentiasa ada dibelakangmu jika engkau memerlukanku.

Khas buat sahabat yang disayangi. (NHAR)...