Wednesday, August 10, 2011

Selesai sudah

Perjalanan cuti semester yang aku jangkakan agak panjang selama hampir 4 bulan, akhirnya berbaki sebulan lebih. Namun pengalaman cuti semester ini banyak memberi manfaat kepada diri ini sebagai seorang mahasiswa yang akan berbakti kepada masyarakat kelak.

Cuti Semester : PART 1

 Alhamdulilah, selama 2 bulan 2 minggu cuti semester berlalu, diri ini mampu memanfaatkan masa tersebut dengan berbakti semula kepada sekolah yang pernah mencurah ilmu kepada diri ini iaitu SK TEBELU. Setelah hampir 8 tahun diri ini meninggalkan bangku sekolah rendah, akhirnya kembali berbakti bukan sebagai pelajar tapi sebagai pendidik sementara. 
Semasa kaki ini menjejakkan kaki untuk berjumpa dengan Guru Besar sekolah, perkara pertama yang dilihat adalah landskap sekolah ini, kalau dahulu pada tahun 1997-2002, segalanya masih berdindingkan kayu, malah prasarana sekarang namapak lebih indah dan ceria dengan kehadiran poko-pokok bunga yang seakan melambai bagi mengalukan kedatanganku. Segalanya nyata banyak berubah. Bak kata iklan di tv,
 "zaman dan berubah , dunia dah maju".
Setelah berbincang dan berdasarkan tahap pengajian dan bidang yang diceburiku, akhirnya, diri ini di tugaskan untuk mengajar Bahasa Melayu yang merangkumi pemahaman dan penulisan. Tapi terdapat satu tugasan yang berada di luar jangkaanku, iaitu Matematik. Walaupun Matematik bukan terdapat dalam konteks pengajianku, namun, aku beranikan diri mengambil risiko mengajar matematik. Setelah bersetuju akhirnya aku ditugaskan untuk mengajr di kelas Tahun 6 Cemerlang. Ku anggap ini sebagai sati titik permulaan perjuanganku untuk membantu anak bangsaku sendiri malah akanku simpan sebagai pengalaman yang amat
  BERMAKNA. TERIMA KASIK KEPADA SEMUA WARGA SK TEBELU.

Kelas 6 cemerlang.. akan sentiasa dalam ingatanku
kelas ini sedikit je pelajar perempuan

sebab kebanyakkan pelajar adalah lelaki..

No comments:

Post a Comment