Wednesday, November 30, 2011

~Disember


Disember suda..
Pejam celik, tutup n buka mata,
akhirnya TIBA jua Penghujung Bulan 12 iaitu DISEMBER.
Dalam 30 hari lagi, 2011 akan mendapat gelaran tahun lepas.
DISEMBER,
bukan hanya sekadar Nombor 12 namun, bulan yang 
SANGAT
mencabar sebenarnya bulan ini,
bukan apa, bagi diri saya seorang pelajarla kan.
Bulan ini merupakan,
Bulan asggment yang banyak perlu disiapkan,
Bulan yang banyak pembentangan yang perlu diutarakan
malah
Bulan TERAKHIR untuk prepare nak EXAM..
TAPI,
ada satu yang aku suka dalam bulan Disember.
Tarikh Keramat... Dalam 11 hari je lagi.
upps.
(adakah aku mula menghitung lagi)
.....???

Sunday, November 27, 2011

Berhenti Berharap

Now.
saya tak boleh nak gambarkan keadaan yg sdg saya alami.

SAKIT..
PEDIH..
RASA NAK MENANGIS..

itu adalah ayat yang paling sesuai.
Silap saya menaruh harapan membukit,
tanpa sedar saya hanya pungguk menantikan bulan,
tak kan bisa,
bumi bersatu dengan langit,
inikan pula saya.
Silapnya datang daripada diri saya sendiri,
berani mencoret harapan palsu,
berani melukis impian palsu,
sedangkan hakikatnya tidak sebegitu.
saya harap kali ini,
saya mampu kembali kuat,
saya serik untuk mengharap dan berharap.
Akhirnya saya,
BERHENTI BERHARAP.

*Alhamdulilah, sy mula menyedari akan kewujudan saya..

Posto-posto

Jumaat yang lepas..
25 November, kiriman itu telah selesai aku hantarkan,
sekarang tanggungjawabnya  terletak di bahu 
POS MALAYSIA..

Semoga kiriman yang menuju ke bumi SARAWAK ini,
selamat tiba dengan keadaan yang baik dengan menggunakan pengangkutan udara.

Saturday, November 26, 2011

Hijrah Di Tahun Baru 1433

Saat mendengar ucapan Tahun Baru daripada rakan muka buku,
 hati ini kembali sebak. 
Tahun baru sudah membuka lembaran baru, adakah ini petanda bahawa diri juga harus membuka ruangan baru dalam kehidupan ini.
Mungkin ucapan yang selalu kita dengar, azam baru untuk tahun baru.
Tapi aku kurang pasti adakah aku mampu untuk melaksanakan azam baru sedangkan azam yang lama belum pasti dapatku penuhi atau tidak..

"Jangan Putus Asa"
"Permulaan yang Baru"
"Memberi semangat agar terus MAJU"
" Mengejar cita-cita yang JITU"

Makna penghijrahan itu amat penting,
bukan hanya bermaksud untuk berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain,
tetapi juga,
berhijrah dari kehidupan yang lama ke pada yang baru yang lebih baik,
Jadi tidak salah rasanya kita ambil iktibar daripada perjalanan Hijrah Rasullulah S.A.W,

Doaku buat si Pencipta,
Ya Allah Tuhan yang menciptakan sekelian alam,
Setahun telah berlalu,
Kehadiran tahun baru,
doaku agar dikuatkan semangat untuk terus berjuang di jalanMu Ya Allah,
kuatkan kakiku untuk berbakti kepada kedua ibu dan bapaku,
tetapkan imanku untuk terus menghadapi dugaan serta cabaran yang akan datang
dan jauhi hambaMu ini daripada godaan Syaitan yang direjam
dan jauhi hambaMu daripada segala fitnah duniawi.
Amin.. Ya Rabbal Alamin.



Friday, November 11, 2011

Payah Nak tidur

Saya kurang pasti adakah saya mengalami masalah sukar untuk tidur atau tidak.
Tapi,
apa yang nyata berlaku, saya sudah hampir dua kali terjaga.
Terjaga pertama kali tatkala mata melihat jam di telefon 0430 pagi,
kali kedua pula pada jam 0611 pagi.
Kesukaran untuk tidur,
sedangkan pada sebelah siangnya saya sememangnya tidak memperuntukan masa untuk TIDUR.
Tidur merupakan rutin harian yang penting sama ada bagi  manusia mahupun haiwan.
Namun, perkara yang ingin saya kupa pada pagi ini adalah, 
saya mengalami kesukaran untuk TIDUR,
saya nak TIDUR!
saya perlu TIDUR!
saya tak boleh kalau tak TDUR!

Saturday, November 5, 2011

Kebetulan ke semua ni

Semalam, jari ini tergerak untuk melihat blog kawan yang telah lama tidak didengar khabarnya.
Terkejut 1 hal,
adakah kebetulan atau tidak, 
semuanya sama.
Tapi, apakah ini dianggap satu kebetulan.
adkah fikiran kita serupa?
Tidak mungkin apa yang saya fikirkan mampu difikirkan oleh orang lain
MINDA MANUSIA BERBEZA
A tidak mungkin sama dengan B
A+ B tidak akan menjadi C
Semuanya Kebetulan SAHAJA.

Lahir daripada hati

Bila sebut je lahir daripada hati, mesti terus terfikirkan CINTA.. 
Tapi itu bukan perkara pokok yang bakal  saya ulas kali ini.
Lahir daripada hati,
cerita yang saya olah bedasarkan apa yang terdetik di sanubari yang kita sendiri tidak sedar BILA kita mengungkapkannya.
Lahir daripada hati, 
selalunya kata hati BENAR, namun tidak semestinya SELALU BENAR,
kerana
HATI DIPENGARUHI PERASAAN.
manusia tidak dapat melihat perasaan itu, 
namun bedasarkan EKSPRESI,
perasaan itu jelas tergambar.
Lahir daripada HATI,
bukanlah perkara yang mudah.
Bukan semua orang boleh melahirkan kata daripada hati.
Cerita yang saya olah adalah daripada CERITA HATI.