Tuesday, March 15, 2011

Proses Pembelajaran

   

 Benarlah kata pepatah, kita  belajar daripada kesilapan. Memang benar, kita telah lakukan yang terbaik bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar, namun tidak semua yang kita impikan kita mampu dapatkan. Dalam kerja berpasukan, kita harus saling mempercayai, saling bekerjasama dan saling bertolak ansur. Jika hari ini kita tersilap langkah, anggaplah kesilapan ini mengajar kita untuk lebih berhati-hati di suatu masa kelak. Ingatlah kita sentiasa dalam proses pembelajaran. Anggaplah apa sahaja kritikan yang diberikan itu sebagai suatu yang mampu membina dan bukannya semakin menurunkan semangat kita untuk terus berjuang pada masa akan datang. Ingat, tidak semestinya kita lakukan kesilapan pada hari ini, kita akan lakukan berulang-kali. Kita harus akui, kita bukanlah insan yang sempurna. Kesilapan yang wujud mengajar kita untuk lebih berfikiran kritis pada masa akan datang.