Wednesday, November 28, 2012

SAYA YANG TERLALU SIBUK (part 1)

*post yg aku x sempat nk update last sem.. ade lg upanya. ahahahha

Rasanya dah hampir 6 bulan dah dekat setengah tahun blog ini menyepi, tak gitu kawan2. Kekangan masa, itu adalah antara ayat yang wajar aku ungkapkan tatkala memikirkan masa depan semasa belajar di universiti. Di universiti, mana ada istilah CUTI, especially dalam menuntut ilmu, Chewah, pandai ja aku ni buat ayat. 

Kalau nak dikira, semester ini:
1. Banyak sangat aktiviti
2. Banyak sangat kerja yang bertimbun-timbun
3. Tanggungjawab tu sudah tentula banyak dik oi..
4. STUDY: itu yang aku x pasti sebab, penjam celik pejam celik.. ESOK EXAM DAH.. waaaa... 

AKu nk SHORTLISTkan antara aktiviti yang aku dah buat sepanjang 1 semester upps, setengah tahun aku x UPDATED blog ni.. meh sini.. kami nk cerita..

1. Aktiviti Pertama (HARI KETERAMPILAN MAHASISWA KOLEJ DATO' ONN, UKM  HAKERA)

nak kata orang penting tu, x la kot.. saya jenis yg LOW PROFILE, x main la nk berjawatan sgt, p dalam HAKERA ni, saya adala jugak kerjanya.. hahaha. Tengok gambar je la ye.. sepanjang HAKERA ni berlangsung.










Alahai Lamanya Dah ku Tingggalkan

Tak Terasa dah Setahun Lebih 
Aku membiarkan ruangan ini KOSONG
Bukan kerana apa,
cuma komitmen terlalu banyak kat benda lain.

Kalau org lain mampu UPDATE setiap hari, setiap minggu,
aku pulak kali ni dah SETAHUN baru nak update blog.

Tahun 2012 dah nk sampai ke penghujung.
Sedar atau tidak, dah FINAL YEAR.
weeeee...
Masa mula menulis haritu aku baru je FIRST YEAR di UKM
NOW dah FINAL YEAR.
Semoga Sesi ini berjalan dgn lancar dan aku dipermudahkan oleh-Nya dalam setiap urusan.

Sunday, January 22, 2012

Tamat Semester 1 Tahun 2



Alhamdulilah. 
Tamat jua akhirnya perjuangan peperiksaan yang bagi aku sangat dan tersangat MENCABAR.
Nak cakap

- ye dah habis
- berakhir
- finally
- merdeka
- end

Perkara yang bermain di fikiran lepas habis je paper LAST.

1) Nak tdo puas-puas
2) Nak main game puas-puas
3) Nak makan puas-puas
4) Nak movie puas-puas
dan yang paling UTAMA
NAK BALIK UMAH CEPAT-CEPAT

--Sepanjang semester 1 2011/2012--
Fine la..
 sebenarnya tak nak cakap, tapi nak jugak. cam mana tu? ala.. cakap je la. kann..
Semester 1 ni, sememangnya banyak cabaran tak kirala dari segi fizikal ke, metal ke, hati ke, perasaan ke. 
yang penting itu adalah antara cabaran yang ADA.
Semester 1 ini, banyak mengajar aku erti sebuah persahabatan, erti kehidupan sebenar,  menilai sikap manusia, melihat perubahan manusia, dan mengajar aku menilai siapa diri aku sendiri.
Semester ini jauh berbeza dengan semester yang sudah2, bukan apa, semester ini MASA sangat2 singkat.

.Fine.
kite memang sibuk tapi aku faham mengapa kita sibuk.
kite memang tak cukup masa tapi aku mengapa aku tak cukup masa.
kite memang kurang ambil kisah tapi aku tahu mengapa aku tak nak ambik kisah
kite memang jarang bersama tapi aku tahu mengapa kita jarang bersama
kite memang dah BERUBAH tapi aku tak tahu MENGAPA KITA BERUBAH.

Tutup Lembaran Semester 1.
Harapan aku, masa cuti ini, masing2 rehatkan minda dan cuba renungkan apa yang telah kita lakukan semasa semester lepas, apa yang terkurang, apa yang terlebih, dan apa yang perlu kita baiki.
Next semester.
Aku ingin jadi orang yang lebih berguna.
lebih bersemangat
lebih kuat
lebih gigih berusaha
lebih matang fikiran
dan
lebih alert

itu sahaja.. 
-END-





Saturday, January 21, 2012

No big Deal Paper Last


Paper Last NO BIG DEAL la... 

1) STDY last paper 

with my LUVly.. cosmate NIesa.masa EXAM specially paper LAST ni,
bila dah DENGAR ada yg cakap dah habis paper, dah balik umah.
SANGAT... TERTEKAN wei..

aku ngan niesa, apalagi.. masa ni nak exam masa ni jugak la SIBUK memnyibokkan diri dengan
MAIN GAME.
hahahaha.. Pengaruh Baik Punya..
No Big Deal La..
- kiteorg main game Rush Hush, Megapolis, Nanny Mania, Farm Frenzy etc.

2) Ada satu lagi yang kiteorg buat bersama.
ta..da..


- Maggie Cup ( sedap gile.)
- air mountain Dew ( air ni si Niesa baru rasa taw..)
* masa makan singkat sebab nak masa MAIN game terlebih, p masa STDY. entah itu aku tak leh nak jawap..

LASTLY
- PAPER LAST 1 JAM 30 MINIT
-Pengeditan Teks.

-TAMAT-



Monday, January 16, 2012

Jangan Tulis Dalam Keadaan Marah

" Sapa kau nak marah-marah aku"

Baru pg semalam aku mempelajari sedikit sebanyak Etika Kewartawanan, Etika dalam Penulisan tak kirala ko menulis secara serius ke, menulis kreatif seperti tulis novel ke, ataupun ko menulis secara maya cam aku buat ni, ko masih jugak TERTAKLUK dengan Etika Kewartawanan..

so, apa yg aku cuba sampaikan disini. PLEZ la!!!
Jangan menulis sesuatu yang mampu melanggar Etika Penulisan mcm kat atas Tuuuu!!
Melanggar sebab menulis dalam keadaan beremosi tanpa maklumat yang BENAR.

Sies.. kalo korang marah, jangan tulis apa2 apatah lagi dalam laman sosial spt Fb, Twitter, Blog, Tumbler etc.
almaklumla.. sekrg ni dunia dah canggih, maju..
dunia dah maju , zaman dah berubah ( betul ke apa yang aku tulis nieh)
semua org dah boleh baca apa yg diungkapkan kat laman sosial tu..
so.. berhati-hatilah mulai sekrg.. 
sebab lepas ni anda akan diperhatian..

p/s: Jangan menulis dalam keadaan Marah.. ok... senyum je..

Thursday, January 12, 2012

9 CIRI WANITA IDAMAN LELAKI

~Masa exam ini, semasa otak tengah memerah keringat untuk menghafal segala nota ( ingatan jangka pendek) hati pula berbisik agar aku menaip di ruangan tinta pena berlandaskan papan kekunci ini. Sesuatu yang NORMAL bagi aku tetapi tidak pasti pada orang lain. Entri kali ini, menyentuh tentang Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki.



Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok,  menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. 
Oleh itu, antara ciri-ciri  wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamerkan Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain



Ketinggian darjat seorang wanita jelas tergambar dalam  lirik lagu bertajuk Impian Kasih nyanyian kumpulan In-Team.

 "Wanita Hiasan Dunia, 
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah,
 Yang Akan Mebahagiakan Syurga 
dalam Rumah Tangga"

*Semoga kita tergolong dalam kalangan wanita yang terpelihara dari segi zahiriah dan rohaniah. 
 Amin Ya Rabbal Alamin..


Friday, January 6, 2012

Dugaan Exam FINAL


salam semua...
Aku pasti masa ini semua mesti tengah sibuk nak stdy kan ( terutama stdnt UKM)
Yupp.. memang aku ade mase nak menulis kat blog ni, berbanding nak stdy utk NEXT PAPER.

Dugaan masa EXAM, 
BEKALAN AIR tiada,
Macammana tu?

ha, baru sekarang la nak menghargai air,
Dulu bukan main lagi berlagak, maklumla sebeblum ni, Kolej Kediaman Aku tak pernah alami masalah air, kali ni dah TAHAP SIRIUSSS.. kann..

Tapi biasalah adat Manusia bila benda dah tak da depan mata baru la nak sibuk carik.

Alhamdulilah, hasil usaha pihak pengurusan UKM dan pihak pentadbiran Kolej Kediamanku, 
Bekalan Air tu sampai..

TERIMA KASIH SYABAS.
SYABAS JUGAK SEBAB TERPILIH MASUK UKM


Masa dijanjikan 5.30 tapi akibat masalah yang berlaku, pukul 6.30 jugakla dia sampai. 
TAPI XPA asalkan AIR ADA.
Sebab kita kena FAHAM, bukan kita sahaja yang mengalami MASALAH AIR ni.
....................................................................................................................................................................
DI bawah ni, wajah2 ceria kawan-kawan aku, 
GIGIH menunggu LORI AIR sampai semua BAS KIFFAH jadi LORI AIR..








* Sies tak leh nak FOKUS klo ade masalah AIR..
Dugaan masa EXAM FINAL


Sunday, January 1, 2012

Tak nak Marah

Saya bukan seorang yang suka Marah-marah,
Marah itu bukan sifat saya,
Tapi entah bila Marah itu wujud dalam diri saya.

Saya bukan mudah untuk marah,
Terutama kepada orang kesayangan saya,
Tapi kenapa Marah itu tempiasnya KENA pada orang kesayangan saya.

Saya jarang Marah dan Memarahi,
Bukan kerana saya lembut tapi itu bukan diri saya,
Saya cuba kawal Marah saya,
Bukan untuk sesiapa,
Tapi untuk diri saya,

-----kerana--- saya-- tahu-- kena-- marah-- itu-- sangat-- teruk--

*saya tak nak marah kat siapa-siapa.
  saya minta maaf kalau saya ada MARAH kat siapa-siapa...