Tuesday, January 11, 2011

Semanis rasa chocolate


Petang semalam diri ini dikejutkan dengan pemberian darpada seorang insan bergelar sahabat. Tersentap rasa hati ini tatkala tangan ini mengambil pemeberian daripadanya. Tidak ku sangka diri ini masih wujud dalam ruang ingatannya. Aku akui kami jarang bersua muka namun pemberian ini sudah cukup memberitahu diri ini masih diingati. Sahabat, terima kasih atas pemberian coklat ini dan atas ingatanmu kepada diri ini. 

Sunday, January 9, 2011

saat hati berbicara


Menghulurkan cinta pada yang sudi. Itulah pegangan kita yang hakiki. Jangan dikejar gunung yang entah bila kan belari. Begitu jua dengan cinta. Kehadirannya tanpa diundang. Terbitnya ia tanpa kita duga, walaupun sekecil zarah ia tetap mekar dihati. Aku masih ingat saat mata ini terpandang wajahnya, lidah kelu mengukir kata, adakah ini dinamakan cinta atau sekadar nafsu semata-mata. Sinar wajah yang terpancar menyejukkan hati ini. Adakah dia yang aku cari. Manakan ada perigi mencari timba. Akukah yang berperasaan begini?.Ku cuba pejamkan mata dan berfikir sejenak, kusedarkan diri dari terus dibuai mimpi, aku kembali bertapak di bumi yang nyata. Harusku diingat, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik. Tapi berhakkah aku untuk menentukan semua ini. Aku cuba untuk menidakkan perasaan itu, aku tidak mahu bertepuk sebelah tangan, manakan berbunyi jika hanya satu tangan yang bergerak. Segalanya aku serahkan pada yang Maha Esa yang mengetahui segala kejadian di alam ini. Ya Allah, kuatkanlah iman hambamu ini, jika ini godaan semata-mata, bantulah hambamu, tunjukkan hambamu jalan yang benar agar tidak terpesong daripada jalan yang diredhai.

Friday, January 7, 2011

Demam di awal Tahun 2011


Awal bukak sem dah aku mula rasa cam sik sedap badan. Mula-mula kau okey jak, tapi sik lamak kakya, badan yang ku pikir kuat n lasak towk, terkena juak la selesema. Fuhh, masa tokla bok teringat ngan mak. Dolok masa aku demam, ada jak mak tolong polah nasi bubur, polah air, berik makan ubat. Tapi kinek tok, semua dah berubah, aku mesti hidup kedirik semua, samaada aku mampu ka sik, aku mesti terus menggagahkan badan tok untuk berdiri. Mak, kak long demam mak, pagi tadik dlm kol 6 kak long tersedar, kak long sakit perut kakya dalam masa ya juak kak long muntah mak. Masa ya kak long mok kejut
eja( roomate tersayang) p sik kempang ati n si sempat juak asanya. Walaupun takut kak long lari juak g toilet. Penin lak palak kakya. Teringat kak long pesan mak baruk jak bapa ari ya tek, mak kol, tanyak khabar, kak long madah sihat, mak pesan banyak2 kit minum air, makan jaga, tidur boh akhir gilak, musim demam katanya, lekaknya selang sehari jak mak pesan, kak long selesema. Nampak nak, perasaan seorang ibu kat anaknya kuat. Ada hikmah rupanya mak kol malam ya, mok ingatkan kak long jaga kesihatan.

Tadi aku ada kelas pukul 10, walaupun dalam keadaan yang sangat lemah aku bangkit berjalan untuk menghadirkan kuliah. Aku rasa cam nak muntah jak, batuk sik henti-henti, haida( biak sekelas aku) nya mok bik air, aku tolak. Aku tolak sebab aku teringat hal malam tadik bila aku try mok makan ubat soluble yang azzah bik, aku bok nak minun p aku muntahkan balik ke luar. Niesa urut belakang aku, nya madah sik lamak gik habis masa, aku harus bertahan. Bila habis jak masa, aku terus balik..

Mak, kak Long demam..

Sunday, January 2, 2011

selamat tinggal 2010
selamat datang 2011

azam lama belum tercapai
dah nak tamabah azam baru....

kedatangan tahun baru aku rasakan begitu meriah disini, walaupun tanpa keluarga disisi aku tetap menyambutnya dengan gembira. 2 jam sebelum menjelmanya waktu yang dinanti, aku bersama rakan yang lain 
( azzah, bie, shafik n akif) 
pergi ke destinasi yang pertama untuk aktiviti 
"makan"
 selepas je makan, shafiq terus memecut ke Destinasai yang ke 2 untuk aktiviti
"Tengok Wayang"
destinasi pilihan kami ialah  "ALAMADA"
sampai je kat dalam tu teapt pukul 12.02 am
"happy new year"

tiba-tiba( nada suspen sikit)
azzah pegang tangan aku
"kenapa"
ajak aku lari pergi keluar, katanya
"yana, cam ramai orang je kat luar tu, ada bunga api"
tetapi
semuanya hampa.
tak da bunga api pon.. 
alahai punya la penat aku lari, tapi xde bunga api yang cuma ada
lampu flash kamera..



semua dah ubah imej rambut yer? kecuali azzah

pe yang ko menungkan tu nak??

lepas tu
aku dan yang lain masuk la kat bahagian kaunter
nak tengok citer ape yang ada
tapi agak malang jugak la, sebab yang tinggal pilihan
1. cerita best tapi tempat duduk berpecah
2. cerita yang best tapi tiket dah sold out
3. cerita yang sederhana best tapi cukup untuk 5 org

so.. memang sahla kan nak ambik pilihan yang ke 3 tu..
 so, kite org de masa setengah jam sebelum cerita tu start
ape lagi..
kiteorg masuk la kedai game kat sebelah tu
mulanya kiteorg main tarian
sakit kaki aku menghentak bnda tu, tapi FAILED jugak..
 lepas tu
kite org main la bola sepak patung tu
aku x main, aku jadi pengadil
tapi seri la 2-2

pastu tepat kol 12.30 kiteorg gerak masuk tengok cerita

"The tourist"

aku sempat tertidor masa tengk cerita tu
sebab aku rasa cam cerita tu gagal menarik minat mataku untuk melihatnya


habis je movie tu
kiteorg pergilah jalan-jalan
Destinasi ketiga ialah 
"Putrajaya"


so.. disinilah pengakhiran malam sambutan tahun baru aku bersama kawan-kawan






Happy new Year
&
Thank You
Shafiq, Akif, Azzah, n Bie...
coz bawak yana g jalan-jalan semasa malam sambutan tahun baru.