Friday, April 29, 2011

yang terakhir untuk kali ini...


29.APRIL.2011
aku akan kembali ke BUMI KENYALANG,
kembali ke pangkuan keluarga TERSAYANG.

Buat roomate tersayang (eja )



hai.. rumate kesayangan.. eja.. tq taw sebab maseh SUDI terima yana jadi rumate lg..
semester 1 awal pertemuan antara kita, 
siapa sangka yana leh rapat ngan eja,
pada asalnya mmg payah untuk yana bercakap bahasa smnjung taw.
p lepas jumpe eja, bie n azzah.. yana mula belajar untuk bercakap.
eja, awak baik sangat2 taw. sy masih ingt lg, ms sy demam awak tolong belikan sy nasi bubur..
so sweet.. x pernh sy jumpa kawan yg nk bagi saya bubur masa saya demam. Terharu sangat2.
eja, tq jugak sebab sentiasa ada untuk yana.
bila yana ada masalah, eja mesti ade disisi yana. 
eja kena kuat taw.. lepas nie, dah x leh nak byk main, eja dah de tanggungjawab yang besar.
kalau ada masalah, eja share taw. kot2 kite leh setle same..
sem depan, jgn lupa.. penuhkan bilik dengan si Hello Kitty...
 bye eja.. sayang eja. eja orang pertama yang mula bercakap dgn yana d UKM.. tq eja.. LOVE U


Buat si bibaq


haiiii.. bie... buat pe tu? senyum je ea...
bie sihat? ( saje je nk try kot2 bie phm, kalau la).. bie.. x sangka yana akan berkawan dgn bie yang si kecil badan... agak2 bile bie nk membesar ea? lepas ade anak kembar 4 ea??
Gurau je taw.
bie, tq terima yana id kawan bie. jgn keliru pulak.. ni yana sarawak ok..
bie.. tq dgn masakan yang ibu buat. SEDAP sgt2.. yana suka.
bie lepas nie, bie x leh la sambil lewa ja.. bie pon same cm eja.. bie dah de tamggungjawab yg besr
bie kene usaha kuat taw. walau ape pon. kite tetap kawan .. eh.. sahabat..
pesanan yana 1 je.. tolong jg si kecik baik2 kay.. nanti yana dh xde, bie jaga die baik2.. 
sem depan yana nk tgok die sihat kay... hahahahhahha..

Buat azjah

poco yo!!!

eleh.. muke ko tu dah tue.. jgn nk buat perangai cm dak kecik ea..
azjah.. maafla.. aku dh terbiasa lak panggil ko cmtu.
aku x thu la zah.. kadang2 ko nie jnis yg payah aku nk ramal, apsal ea? ko de magic ea?
lupe lak aku nk tnye, Boypren ko pe cer? elelelele.. malu la tu..
1st.. aku nk minta maaf la kalo aku de tergurau lebih kat ko..
mungkin 1 ms kita kan marah ngn kwn kite, p kite kan sahabat, so jgn nk marah2 sgt...
ingt siket.. ko bukan sorg2 ko tu berempatan + atokxzs  taw.... walau wei.. ayt aku...
azzah, spjng thun 1 ni. ko je yg jadi master mind nk kenakan org masa buf..
p bile bufday ko.. bkn 1 kepala dok pikiq.. 7 kepala dok pikiq apa nk buat masa bufday ko?
taceng la siket aku dh intro ni.. ngis lu...
wei.. aku dah kat swak mase ko bc nie.. hope ko, aku, eja n bie.. kite akan kekal sebagai sahabat. sampai bile
sahabat selama-lamanya... de masalah share same2. kite setle same2..

Buat si Atokxzs


atok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ehehehe.. warga tua memang suke lepak kan? contoh kat atas tu mmg nyata kan?
atok, yana dah kata swak taw.. mungkin kat dlm flight kot..
pergh.. atok.. yana nk minta maaf klo sepanjng semseter kite bsama ni, yana pernh buat atok sedih. 
kadang2 yana pon ase gak yang yana ade tergurau lebih ngn atok.. atok..
atok..
mesti yana sangat2 rindu nk panggil nie nanti.. atok...
atok.. ingt taw.. atok x leh nk mengalah cmtu je.. atok kene kuat taw. atok x leh biar org pijak atok agi.
atok..
ambik sotsem ea? payah la klo cmtu, stdy dr 1980an agi.. x grade2... 31 tahun lak tu...
agak2 klo dah grade nanti baru bgthu yana taw...
atok, jaga kemet bebaik taw....


bye...bye... korang.... 
SIES AKU TAKKAN RINDU KORANG!!!!!

Thursday, April 28, 2011

Perjuangan telah selesai

alhamdulilah...
segalanya telah selesai.
aku berjaya menghabiskan semua peperiksaan.
Usai sahaja Kertas Fonologi, aku merasakan segala bebanan yang memberat dimindaku,
yang terkurung hampir 5 bulan lamanya, telah berjaya dilepaskan terbang.

Sekarang aku sudah selesai menghabiskan TAHUN 1 DI UKM
segala pengalaman, segala kisah suka dan duka malah segala cerita semester 1 dan 2.
Akan aku jadikan sebagai kenangan,
akan aku jadikan tatapan,
akan aku jadikan pedoman bagi menempuh kemudia hari.

Dalam masa 20 jam dari sekarang,
aku akan kembali ke bumi terCINTA iaitu BUMI KENYALANG.

Aku akan bercuti selama 4 bulan, entah apa yang bakal aku lakukan selama percutian yang aku rasakan agak panjang padahal hakikatya pendek.

Tetapi apa yang penting masa selama 4 bulan itu,
aku akan manfaatkan untuk keluarga tercinta,
aku akan manfaatkan untuk menyumbang bakti.
aku akan manfaatkan untuk muhasabah diri..

Selamat Tinggal BUMI UKM
selamat kembali anak JATI SARAWAK...

Monday, April 25, 2011

Exam Week Part 6 ( Kerisauan semakin mengurang)


Dalam minggu2 exam ni,
ada masa kita akan merasakan tahap kerisauan yang AMAT TINGGI
tetapi,
pada tarikh 25.04.2011,
tarikh dimana aku akan berjuang untuk krusus WAJIB UNIVERSITI iaitu
HUBUNGAN ETNIK.



Setelah seharian aku menelaah bersama rumate kesayangan iaitu
 ARNIZA @ eja
akhirnya pengorbanan dan usaha gigih yang dilakukan oleh KAMI pada last minit memberi
FEEDBACK YANG POSITIF.

aku x paham kenapa aku mesti pinjam ayat kawan aku tu...
mungkin sinonim dengan situasi aku kot..
apa2 pon, aku semakin menghampiri tarikh keramat
29.04.2011.

Tarikh dimana segalanya akan ditinggalkan dalam tempoh 4 bulan.
Tarikh dimana aku akan berada dekat dengan keluarga
Tarikh dimana aku akan mengalami pengalaman yang baru
DAN
Tarikh dimana aku akan OFF SEBENTAR BERMUKABUKU..

Chayok2!!!!! untuk Last paper 28.04.2011!
FONOLOGI MENANTI!
sebelum kembali ke BUMI KENYALANG!

Friday, April 22, 2011

Exam week Part 6 ( Lupakan Si Wajah tebal)



Teknologi Maklumat Untuk Sains Sosial. 

Aku x paham kenapa aku mesti ambik Krusus ni, padahal aku ambik Pengajian Bahasa.
Apakah kaitannya?
Dahla die punye KETEBALAN tu, mengalahkan 4 buah buku Harry Potter
tapi tahap TARIKAN die nak suruh aku membaca TAK dapat nak mengalahkan 
NOVEL CINTA PERTAMA.
eH..dah lari daripada topik perbincangan ni.

Hari ni, paper ke-4 aku untuk semester ni, aku x tahu la kenapa malang sangat la nasib aku minggu nie.
Hari tu paper MOrph.. sekarang ICT lak.
Dah nasib badan terima je la.
Aku harap sangat2 aku punya carry mark tu boleh la tolong siket2.

Paper kali ni, entah ape benda yang pelik namanya,
database, mother board, ultility program, storage, firewall, device dsbg...
benda2 nie semua, bukan permainan aku la.
Kalau fon. alofon, morfem, sintaksis, sonoran, diakritik, ha... itu baru permainan aku.

Apa yang pasti benda2 tu... 
(database, mother board, ultility program, storage, firewall, device dsb)
BUKAN MAKANAN AKU

Sies, aku x puas hati dengan EXAM kali ni,
Aku ni bukanlah orang yang jenis yang pandai tembak.
Pandai TEMBAK pon x kan tepat kot.
Dah tu, exam ICT tadi, 80 soklan, semuanya OBJEKTIF
mana x aku buat OBJECTION!!!

aku x reti la nak jawab soklan yang aku sendiri x pasti jawpannya yg mane 1.
dahla aku x phm sgt bhs tu.

bak kata ucop wilca " itulah pentingnya ENGLISH EDUCATION"

80 soklan, aku jawab dengan dengan keadaan 
(mengantuk + tak paham + lapar = aku x leh jwp)

BYE.. BYE.. WAJAH TEBAL..


Wednesday, April 20, 2011

Exam week Part 5 ( paper yg hareeeem)


hari ni exam ke 3 bg semester 2 bg sesi 2010/2011
paper yang macam hareeeeem ni namanya :
MORFOLOGI BAHASA MELYU

punyela aku susah2 stdy
maksid, morf, morfem, fonem, penentuan morfem, jenis2 morfem, dan banyak lagi yang sewatu dengannya.

Exam yang bermula pada jam 12.00 p.m - 2.00 p.m
lame kot 2 jam.

aku semangat nak ambil exam,
aku berkemas awal,
naik bas awal,
tiba kat sana awal,

dan segala-galanya aku lakukan AWAL..

TAPI

Melangkah je kaki aku ni kat dalam dewan yang di akronimkan dengn DAM dan di kenali sebagai
KTAM, tetiba aku terasa kepala aku semakin pening.
aku sampai je kat meja peperiksaan, PDOT terus tnye aku...
ok.. fine, semua yang aku stdy, sepatah 2 ja yg keluar.. masalahnya, bkn hnya aku seorang malah 1 kelas
tak menjangkakan bnda tu keluar.
Aku dah mula
MERISAUKAN MASA DEPAN MORFOLOGI AKU
mana tak nya.. aku dah stdy dengan sepenuh hati walaupon agak last minute, p aku dh buat yg terbaik la...

TAPI
aku tak boleh nk jawap apa...
aku cuma leh jawap bahagian A sahaja.
cuba korang teka, exam aku tadi bp peratus?

60% wei...

aku keluar dewan awal 15 minit, 
aku dah x sanggup melihat kertas soklan yang aku rasakan
makin ku tenung makin ku rasa nak meraung...
aku keluar terus ambik phone n kol bapak aku
aku nangis wei......
aku x buat yang terbaik utk paper ni.
aku x dapat....
paper morfologi ini memang agak SUSAH...
eh tak... tak... tak..
PALING SUSAH.....
MACAM HAREEEEEEMMMMMMMM...........

Tuesday, April 19, 2011

Bersendirian bukan melarikan diri


Entahlah.. kekadang aku rasa ada baiknya aku BERSENDIRIAN buat seketika, bukan untuk melarikan diri tetapi untuk bermuhasabah diri. Dalam hidup ini, kita harus ingat, di mana bumi kita berpijak, jangan pernah lupa akan asal kejadian kita. Walaupun dimana kita berada, kita HARUS ingat :

kita masih ada ALLAH S.W.T sebagai tempat MENGADU,
kita masih ada AYAH DAN IBU untuk DIRINDU,
 kita masih ada SAHABAT yang sentiasa MENUNGGU

Aku kembali bangkit membina azam baru, aku cuba menapak di landasan yang baru. Aku hanya inginkan ketenangan buat seketika, mungkin dengan cara ini aku mampu kembali dan menyelesaikan segala yang aku rasakan payah untuk diselesaikan. Dalam dunia ini, masalah yang hadir pasti akan ada penyelesaiaan, tapi segala terpulang kepada kita, samaada hendak meyelesaikannya dengan segera ataupun kemudian nanti.

 Tapi harus  ingat, JANGAN PERNAH MELARIKAN DIRI.
 Dalam konteks masalah aku ni, aku tidak melarikan diri, aku memuhasabah diri. Bila sebut muhasabah, teringat dengan lagu MUHASABAH CINTA, dalam cerita SYAHADAT CINTA.



p/s : terima kasih kepada sahabat yang sentiasa ada disisi hamba, ..specially thankx 4r
 rumate tsyang (eja), si bo'oi ( bibaq), si kerdil (azjah),si atoxz ( miera),si cerdik (niesa
dan x lp pada si I****

jangan nk abg taqif was burning in the carpet 
dan
don't blame me blame my blog....
sayang korang lebih-lebih tp x de baki taw.

Sunday, April 17, 2011

Exam week Part 4 (saya suka warna darah)


Esok hari merupakan paper saya yang ke-2 untuk semeser 2 tahun 1.. Dalam masa 11 hari lagi saya akan berangkat balik ke kampung tercinta iaitu KAMPUNG TENGAH TEBELU SEBUYAU. Semalam, pilihanraya umum di Sarawak dan Alhamdulillah, rakyat masih percaya kepada barisan kepimpinan negeri iaitu BARISAN NASIONAL. Ahli keluarga saya, semestinya orang BN, disebabkan itu, saya sebagai seorang pelajar, saya hanya mampu mendiamkan diri. Bahaya kalau saya masuk campur. Lagipun, bapa saya mesti marah kalau dia dapat tahu saya masuk campur. 
SAYA MASIH SEORANG PELAJAR.
DAN BELUM LAYAK UNTUK MENGUNDI.



TEKANAN = PERKARA BIASA SEBAGAI SEORANG PELAJAR


Esok saya dah nak ambik peperiksaan. Dalam masa yang sama, saya ditimpa masalah.
Masalah yang sememangnya berpunca daripada saya sendiri. 
MAAFKAN HAMBA. HAMBA BERSALAH
Saya akui, kalau saya yang tidak memulakannya DAHULU, perkara ini TIDAK AKAN TERJADI
MALAH 
TIDAK ADA HATI YANG BAKAL TERLUKA.
masa ini, saya teramat memerlukan sokongan daripada insan bernama MAK, saya perlukan sokongan. 
tapi, saya HARUS KUAT.
saya harus tahu dan ambil balik semangat saya yang telah hilang.
SAYA HARUS KUAT

Bak kata pensyarah saya " Hidup kalau tiada masalah ibarat MATI dan tak da MAKNA"
mengambil kata kawan saya "SEMUA BENDA BOLEH SETLE" & "ALWAYS ADA CARA"

sebagai pengajaran :

segalanya saya ungkapkan dalam bahasa kiasan dibawah....

Sekarang nasi dah menjadi bubur.
Sesal dahuku pendapatan, sesal kemudian tiada berguna
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa,
Ibarat setitik nila, rosak susu sebelanga.
Tidak kusangka hujan di tengah jalan


P/s : sebenarnya saya cuma hendak mencuba penggunaan ayat yang saya baharu pahami tadi.
Esok saya akan hadapi paper KETRAMPILAN BERBAHASA. 
kenalah GUNA bahasa yang betul..
MALU KALAU KITA SEBAGAI PENUTUR NATIF TIDAK MENGUNAKAN BAHASA YANG KITA DAH FAHAMI SEJAK KITA LAHIR LAGI.

saya suka warna darah iaitu MERAH. TQ.

Friday, April 15, 2011

Exam Week Part 3 (Formula Stdy)

Dalam minggu exam nie, kite harus banyak mengamalkan formula berikut :

EXAM ------> STDY- (TIDO)-(MAKAN)-(MOVIE)

Rumus diatas adalah seperti berikut :
SEMASA EXAM, UNSUR WAJIB YANG HARUS ADA ADALAH STDY DAN DIIKUTI SECARA PILIHAN OLEH TIDO DAN JUGA MAKAN.

TETAPI....

dalam konteks diri aku ni, aku gune formula ni :

EXAM ------> MAKAN-TIDO-MOVIE (STDY)

*KORANG X RASA KE FORMULA AKU TU TERBALIK?????

masa exam, mood MAKAN aku menjadi-jadi, nak makan je keja, dahla MENGIDAM benda yang selama ini aku x TERINGGIN pon nak makan. Tapi masa minggu exam, mengalahkan IBU MENGANDUNG kot.... hahahhaha. bab TIDO lak.. sememangnya aku dah jadi seperti BURUNG HANTU, siang TIDO, malam BERJAGA.... pastu minat yang TETIBA wujud masa EXAM, iaitu tengok MOVIE, masa bukan exam dulu, nak bermovie pon payah......

*inilah ceritera aku masa EXAM WEEK....

Wednesday, April 13, 2011

Exam week Part 2 ( esok dah nak mula )


Minggu peperiksaan, boleh la pulak aku ni menulis, mengarang cerita di blog, tp kalau bukan minggu peperiksaan, apsal tak leh ea?? agak compius disitu. Gambar pokok, yang aku letak kat atas tu, bukan sekadar hiasan ye, sebenarnya esok aku akan menghadapi exam yang bersangkut paut dengan pokok, tapi dengan istilah pohon. Pokok yang ada kat atas tu, ade dahan, daun dan jugak akarnya, tapi dalam hal ini, aku cuma akan mengambil dahan-dahanya sahaja. nak tahu.. tengok same tak dengan rajah yang bakal aku jumpa masa peperiksaan esok.. 

p/s kalau nk hasil yang sama dengan yang di atas terbalik kan ya. Nanti akan jumpela hasilnya...


Gambar yang aku tunjukkan ini, namanya RAJAH POHON, inilah perkaitan antara gambr pokok di atas dengan peperiksaan yang akan aku hadapi esok hari. ...



Monday, April 11, 2011

Part 1 Exam Week (payahya nak fokus)..



Semakin hari debaran nak ambik exam makin terasa, tapi apsal aku x leh nk FOKUS nie???
Aku dah siap susun dan kumpul segala nota yang akan aku jadikan sebagai bekalan aku untuk berperang masa jawab exam nanti ( pergh.. ayat memang sgt2 patriotik), tapi kenapa aku tak bersemangat nie?

Masa2 camnie, aku tetiba rasa yg aku sebenarnya BELUM BERSEDIA.. arghh. apsal leh pikir ke situ lak kan...aku nak atau tak, aku dah dalam EXAM WEEK kot... xleh2.. aku mesti jugak STUDY.

TAPI....

1) aku nak stdy ape ea?
2) mcmne aku nak stdy ea?
3) boleh ke aku nak FOKUS?

ARGHH..... DuNiawi je EXAM NIE.... ( ayat nak sedapkan hati je ni)

YANG SEBENABENANYA... (ayat lewah siket)



AKU X SABAR NAK BALIK RUMAH SEBENARNYA....

Oleh hal yang demikian..

1) Kuatkan semangat untuk stdy
2) Kuatkan azam untuk habiskan EXAM
3) Kuatkan mengatakan AKU NAK BALIK UMAH


Bersama mereka

Fuh.. kali ini, nk gune bahasa sarawak la....

Lamak dah mek nunggu saat kita mok kumpul ramie2.. akhirnya, dapat juak kita kumpul agik oo.. sapa sangka, walaupun kita masing2 dah da hala tujuan dikpun, kita masih pat kumpul sama2.. kita seh pat kelaka, tetak n bergambar sama2.. ceh.. nang kedak lamak x jumpa eah.. p nang bena pun.. kita tok nang lamak dah x jumpa bah.. nang sa happy gilak2 pat jumpa ngan nya agik.. FIZAH.. tq atang nyengok mek orang ka bumi UKM tok, happy mek bila pat nangga  muka kitak, adeng, fizah, tahir n Ed happy... Tq zah.. coz sudi bertandang kat sitok.... hope kelak kitak masih sudi mok berambeh ngan mek orang agik... :)

Kegembiraan sebelum EXAM....


bahagianya bila DIA ada......



Terubat rasa hati nak berkelaka SARAWAK

Saturday, April 9, 2011

Mata Pena




Mata Pena ini,
Menulis tanpa berhenti,
Berbekalkan minda dan hati,
Ia terus kekal berkhidmat di jari.

Mata pena ini, 
Mengasah minda mentranskripsi kata.
Ideanya bernas kritis tak terkira,
Medium perantara yang tiada bedanya.

Mata pena ini,
Ku anggap hidup yang tidak terhenti,
umpama lautan yang tidak pernah kering
Mencurah tenaga untuk berbakti.

Mata pena ini,
Tempatku mengadu tak kira waktu,
sahabat sejati yang satu,
sentiasa disisi menemani ku,
Tanpa diduga ia hadir tatkala ku perlu.