Wednesday, August 24, 2011

Cuti semester Part 2

Alhamdulilah cuti semester yang berlangsung selama 4 bulan ini aku mampu manfaatkannya dengan beberapa aktiviti yang berfaedah. Mungkin pada sesetengah individu terutama golongan pelajar seperti aku, pasti bekerja semasa cuti semester merupakan perkara yang TERBAIK, namun padaku terdapat jua beberapa perkara lain yang mampu aku lakukan bagi menjadikan cuti semester pada kali ini tidak sia-sia. 

Jika ku ingat kembali kisah perjalanan OPKIM 2011, aku mampu menitiskan air mata. Tapi, baik jangan difokuskan ke arah kesedihan, baik kita menjurus kepada skop OPKIM 2011 yang berlansung bermula
 12 JULAI-19 JULAI 2011

Tugasan 1 : PROGRAM MOTIVASI DI SEKITAR SEKOLAH
Tugasan 2 : OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DI KAMPUNG SANTUBONG

* sebenarnya post ni dah lama tersimpan, dah rasa mcm x tahu nak bagitahu apa lagi...
APA YANG PENTING... KERJASAMA...





Wednesday, August 10, 2011

Selesai sudah

Perjalanan cuti semester yang aku jangkakan agak panjang selama hampir 4 bulan, akhirnya berbaki sebulan lebih. Namun pengalaman cuti semester ini banyak memberi manfaat kepada diri ini sebagai seorang mahasiswa yang akan berbakti kepada masyarakat kelak.

Cuti Semester : PART 1

 Alhamdulilah, selama 2 bulan 2 minggu cuti semester berlalu, diri ini mampu memanfaatkan masa tersebut dengan berbakti semula kepada sekolah yang pernah mencurah ilmu kepada diri ini iaitu SK TEBELU. Setelah hampir 8 tahun diri ini meninggalkan bangku sekolah rendah, akhirnya kembali berbakti bukan sebagai pelajar tapi sebagai pendidik sementara. 
Semasa kaki ini menjejakkan kaki untuk berjumpa dengan Guru Besar sekolah, perkara pertama yang dilihat adalah landskap sekolah ini, kalau dahulu pada tahun 1997-2002, segalanya masih berdindingkan kayu, malah prasarana sekarang namapak lebih indah dan ceria dengan kehadiran poko-pokok bunga yang seakan melambai bagi mengalukan kedatanganku. Segalanya nyata banyak berubah. Bak kata iklan di tv,
 "zaman dan berubah , dunia dah maju".
Setelah berbincang dan berdasarkan tahap pengajian dan bidang yang diceburiku, akhirnya, diri ini di tugaskan untuk mengajar Bahasa Melayu yang merangkumi pemahaman dan penulisan. Tapi terdapat satu tugasan yang berada di luar jangkaanku, iaitu Matematik. Walaupun Matematik bukan terdapat dalam konteks pengajianku, namun, aku beranikan diri mengambil risiko mengajar matematik. Setelah bersetuju akhirnya aku ditugaskan untuk mengajr di kelas Tahun 6 Cemerlang. Ku anggap ini sebagai sati titik permulaan perjuanganku untuk membantu anak bangsaku sendiri malah akanku simpan sebagai pengalaman yang amat
  BERMAKNA. TERIMA KASIK KEPADA SEMUA WARGA SK TEBELU.

Kelas 6 cemerlang.. akan sentiasa dalam ingatanku
kelas ini sedikit je pelajar perempuan

sebab kebanyakkan pelajar adalah lelaki..

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan kembali lagi

Alhamdulilah.. akhirnya Ramadhan pada kali ini aku dapat jugak bersama dgn family aku di bumu terchinta.. bumi kenyalang. Harap aku maseh tidak terlambat untuk mengucapkan 
SELAMAT MEYAMBUT RAMDHAN AL-MUBARAK.
 Kepada sahabat yang dah hantar ucapan sambutan ramadhan tu, aku nk ucapkan jutaan terima kasih atas ingatan sahabat sekalian. Kalau ada yang aku x sempat nak balas tu, haap maaf lah yer... 

Bila dengar je pengumuman tentang Tarikh sambutan Ramadhan, aku terus bersiap, maklumla.. nak g tarawikh katakan..tp b4 tu aku mmg dh get ready pon.. tapi aku belom nak ke surau,
 semata-mata nk dengar pengumumam puasa tu..
Kali ini, aku rasakan bahawasanya, aku sudah lama tidak menjejakkan kakiku ke Surau. Agaknya kalau bukan bulan puasa, mesti aku lame ag aku nak pg ke surau. Malam pertama tarawikh tu, aku terjumpa dengan sahabat sekolah rendah aku. Woow.. lame gile kot x jumpa. Agaknye dah dekat 3 tahun kot. Die dah bekerja, aku lak sambung belajar.

Oklah.. just pesanan aku....sat.. tengok dulu gambo kat bawah nie

ha.. upin ipin pon puasa.. korg2 tuu, jangan lak nak ponteng puasa ea...
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.....
IKHLAS :
YANA