Thursday, April 28, 2011

Perjuangan telah selesai

alhamdulilah...
segalanya telah selesai.
aku berjaya menghabiskan semua peperiksaan.
Usai sahaja Kertas Fonologi, aku merasakan segala bebanan yang memberat dimindaku,
yang terkurung hampir 5 bulan lamanya, telah berjaya dilepaskan terbang.

Sekarang aku sudah selesai menghabiskan TAHUN 1 DI UKM
segala pengalaman, segala kisah suka dan duka malah segala cerita semester 1 dan 2.
Akan aku jadikan sebagai kenangan,
akan aku jadikan tatapan,
akan aku jadikan pedoman bagi menempuh kemudia hari.

Dalam masa 20 jam dari sekarang,
aku akan kembali ke bumi terCINTA iaitu BUMI KENYALANG.

Aku akan bercuti selama 4 bulan, entah apa yang bakal aku lakukan selama percutian yang aku rasakan agak panjang padahal hakikatya pendek.

Tetapi apa yang penting masa selama 4 bulan itu,
aku akan manfaatkan untuk keluarga tercinta,
aku akan manfaatkan untuk menyumbang bakti.
aku akan manfaatkan untuk muhasabah diri..

Selamat Tinggal BUMI UKM
selamat kembali anak JATI SARAWAK...

No comments:

Post a Comment