Friday, February 4, 2011

Aku anak Malaysia



Wajarkah aku mengaku yang diri ini rakyat Malaysia? Jika aku mengaku, tahukah aku sejarah tanah tumpah darahku, apakah bakti yang akan aku curahkan? Segalanya terjawab tatkala kaki ini melangkah ke Kem 1 Ukm 1 Malaysia. Perjalanan yang memakan masa hampir 1 jam 30 minit, membawa kau untuk menyelami apakah tujuan sebenar kem ini dilakukan, adakah sekadar untuk memberi ceramah berunsur kesedaran ataupun apa. Sesampai disana, minda ini kembali berfikir apabila seorang insan mengeluarkan kata " kita hadir disini ibarat gelas yang kosong dan akan menjadi penuh setelah berakhirnya program ini". Aku renungi setiap bait perkataan yang digunakan untuk mrngungkap ayat tersebu. Begitu mendalam terutama bagi diri ini, Yang hadir ke program ini dengan keadaan yang terpaksa. Namun setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyung. Itulah perumpaan yang terbaik untuk aku kaitan dengan perjalanan Kem 1 Ukm 1 Malaysia.. Di situ, pengisiannya 3 hari 2 malam dijalankan dengan amat teliti sekali, dari situla aku tahu bahawa sebagai seorang rakyat Malaysia, aku harus mempunyai jati diri, aku harus tahu kisah disebalik wujudnya Rukun Negara dan mengapa 1 Malaysia dilancarkan. Sebagai anak jati Malaysia, kita tidak seharusnya lupa akan sejarah tanah tumpah darah kita. Kerana daripada sejarahlah kita bangkit untuk terus maju ke hadapan. Ku sematkan di dalam hati dan kutanam dalam akal fikiran agar aku tidak lupa akan tanah tempat kaki ini berpijak.


No comments:

Post a Comment