Tuesday, February 8, 2011

Kembali Semula



Kehidupan aku kembali seperti sedia kala. Jika selama seminggu yang lepas aku kerahkan tenagaku untuk bersiar mencari pemandangan, kini aku kembali menapak ke destinasi tujuan. Tiada lagi istilah, nak rehatkan otak. Aku telah diberikan masa yang panjang untuk tenangkan kembali minda yang hampir 7 minggu bercelaru dengan pelbagai kerenah manusia, dengan segala tugasan yang entah bila baru aku mampu aku selesaikan.
Sepanjang tempoh cuti, aku cuba melepaskan segala yang terbuku dihati, tapi bagiku, segalanya tidak akan oernah berhenti. Bak kata pensyarah aku, kalau tiada masalah hidup ini umpama mati. Fuhh, mendalam jugak ya.
Samaada aku nak atau tidak, kini aku telah kembali ke jalan itu. Jalan yang menjadi tapak untuk aku melakar masa depanku. Jalan dimana aku akan berlari sepantas yang mungkin untuk megejar masa yang tiada istilah berhenti. Segalanya bermula semula seperti sedia-kala.

3 comments:

  1. xlife la hidup takde masalah..hehe

    ps:yanaaaa..ayat dah semakin mantop..
    suke bace...keep it up

    ReplyDelete
  2. yana..berlari bersama mengejar mimpi.. mimpi untuk menggenggam segulung ijazah...
    segala masalah kite tempuh sama2 yuk..
    chaiyok2..:)

    ReplyDelete
  3. Hsd: berkat doa insan bernama atok, yana berjaya untuk mengungkap ayat seindah mutiara.. ceh...hahahhahaha

    ReplyDelete