Sunday, January 9, 2011

saat hati berbicara


Menghulurkan cinta pada yang sudi. Itulah pegangan kita yang hakiki. Jangan dikejar gunung yang entah bila kan belari. Begitu jua dengan cinta. Kehadirannya tanpa diundang. Terbitnya ia tanpa kita duga, walaupun sekecil zarah ia tetap mekar dihati. Aku masih ingat saat mata ini terpandang wajahnya, lidah kelu mengukir kata, adakah ini dinamakan cinta atau sekadar nafsu semata-mata. Sinar wajah yang terpancar menyejukkan hati ini. Adakah dia yang aku cari. Manakan ada perigi mencari timba. Akukah yang berperasaan begini?.Ku cuba pejamkan mata dan berfikir sejenak, kusedarkan diri dari terus dibuai mimpi, aku kembali bertapak di bumi yang nyata. Harusku diingat, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik. Tapi berhakkah aku untuk menentukan semua ini. Aku cuba untuk menidakkan perasaan itu, aku tidak mahu bertepuk sebelah tangan, manakan berbunyi jika hanya satu tangan yang bergerak. Segalanya aku serahkan pada yang Maha Esa yang mengetahui segala kejadian di alam ini. Ya Allah, kuatkanlah iman hambamu ini, jika ini godaan semata-mata, bantulah hambamu, tunjukkan hambamu jalan yang benar agar tidak terpesong daripada jalan yang diredhai.

2 comments:

  1. ini sekadar tulisan atau sememangnya bicara dari sudut hati..??
    go yanaaaa..chaiyokkk

    ReplyDelete